Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PDIP Umum Jokowi Calon...

JAKARTA - Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) hari ini secara rasmi mengumumkan Joko...

Doktor Kontrak, Sijil Vaksin...

KUALA LUMPUR - Perancangan masa depan untuk doktor kontrak, maklumat penerima vaksin yang...

AirAsia Kini Jadi Pilihan...

LONDON - Berita seorang staf AirAsia meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari Kuala...

SOSMA Masih Ada Dan...

PETALING JAYA - “SOSMA masih ada dan dalam undang-undang boleh digunapakai, kita akan...

COVID-19: KJ Beri Amaran Kemasukan Ke Hospital Makin Meningkat

KUALA LUMPUR : Menteri Kesihatan memberi amaran kadar kemasukan ke hospital semakin meningkat akibat COVID-19.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kebanyakan kes adalah warga emas dan golongan komorbid yang dijangkiti melalui kontak rapat ahli keluarga yang membawa balik virus ke rumah.

“Pakai pelitup muka dan elakkan tempat yang sesak. Dapatkan dos penggalak apabila diberi janji temu,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Berdasarkan data dikongsikan melalui laman sesawang COVIDNOW, jumlah keseluruhan pesakit COVID-19 yang dirawat di hospital adalah 5,431.

Jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 541.


Kes di ICU membabitkan 274 pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan dan 267 lagi memerlukan mesin ventilator.

Kadar penggunaan katil paling tinggi ialah di negeri Terengganu sebanyak 85.9 peratus, diikuti Kelantan 83.3 peratus, Melaka 81.2 peratus, Kedah 74.9 peratus, Labuan 74.5 peratus dan Johor 73.8 peratus.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori