Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Skuad Harimau Malaya Mungkin...

PETALING JAYA - Rombakan kedua mungkin dilakukan ke atas skuad Harimau Malaya selepas...

TMJ Tawar Dana Kepada...

KUALA LUMPUR - "Tolong sampaikan kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bahawa Persatuan...

Beratus Ribu Anak Itik...

BERATUS ribu anak itik jantan telah dibunuh dengan kejam apabila ia direndam dalam...

Lima Ahli MPT Bersatu...

SHAH ALAM - Lima ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Laporan: Hong Kong Kesan Varian Baru Covid-19

Varian mutan Covid-19 baru dan mungkin lebih mudah berjangkit, yang kali pertama dikesan di Afrika Selatan, dikenal pasti pada dua pelancong di Hotel Lapangan Terbang Regal di Hong Kong, lapor Sputnik.

Pusat Perlindungan Kesihatan Hong Kong berkata analisis genetik lanjut mengesan varian mutan Covid-19 baru B.1.1.529 pada dua pesakit itu, lapor akhbar Hong Kong Standard pada Khamis.

Pusat itu mengatakan urutan gen varian itu serupa dengan yang ditemui di Afrika Selatan dan Botswana, dan mencadangkan bahawa kes indeks ialah lelaki berusia 36 tahun yang tiba di Hong Kong dari Afrika Selatan.

Pusat itu turut melaporkan enam kes import, termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun, dua lelaki dan tiga wanita berumur antara 17 hingga 45 tahun, menurut laporan Standard. Selain bayi berkenaan, lima pesakit itu sudah pun menerima vaksin Covid-19 lengkap sebelum ini.


Pada awal November, pihak berkuasa kesihatan melaporkan jangkitan pertama strain delta plus Covid-19 di Hong Kong yang dikenali sebagai AY.4.2. Pakar memberi amaran kemungkinan ia lebih mudah tersebar berbanding varian asal.

-Bernama

Varian Baharu COVID-19 Dengan Pelbagai Mutasi Dikesan

Malaysia Kenakan Sekatan Perjalanan Ke 7 Negara Afrika

Ikuti Twitter Mynewshub di sini 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori