Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Umat Islam Diseru Tidak...

KUALA LUMPUR - Peranan PAS bukan semata-mata mahu merampas jawatan atau sekadar membalas...

9 Exco Melaka Angkat...

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Datuk Seri Abd Ghafaar Atan mendahului senarai...

Kenyataan Daim Tidak Tepat,...

JOHOR BAHRU - Kenyataan bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin...

Pelantikan MB Pahang Ditangguh...

PEKAN - Istiadat mengangkat sumpah menteri besar Pahang yang dijadualkan berlangsung hari ini...

Denda Lewat Bayar Cukai Taksiran Penggal Kedua 2021 Dikecualikan

SHAH ALAM: Kerajaan negeri memutuskan pengecualian denda lewat bayar cukai taksiran pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Selangor bagi penggal kedua 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Ng Sze Han berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk mengecualikan bayaran denda lewat cukai taksiran itu pada 17 November lalu.

“Keputusan ini selaras dengan inisiatif dan ketetapan kerajaan negeri untuk mengurangkan beban ekonomi rakyat ketika berdepan penularan wabak COVID-19.

“Pengecualian denda ini akan membabitkan implikasi kewangan yang dianggarkan berjumlah RM13.8 juta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Sehubungan itu, Sze Han berkata, semua pemilik premis/bangunan yang lewat menjelaskan cukai taksiran untuk penggal kedua ini tidak akan dikenakan denda lewat bayar.

“Kerajaan negeri juga ingin mengingatkan orang ramai untuk sentiasa menyemak penyata cukai taksiran bagi memastikan bayaran cukai dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya.

BHOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori