Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

10 Negeri Dijangka Hujan...

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin...

Pegawai Bertugas Pada Hari...

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia mengarahkan agensi-agensi penerbangan negara itu supaya menggantung kerja para pegawai yang...

Presiden Turki Rasmikan Masjid...

PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan menyempurnakan lawatannya ke Jerman dengan merasmikan salah sebuah...

Gemuk Halang Ramai Belia...

WASHINGTON - Pentagon berhadapan cabaran keselamatan lebih sukar ditangani berbanding cabaran tentera berteknologi...

Dua Lelaki Bergaduh Pegang Gergaji, Parang

JAWA: Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan di udara bagi menghentikan perbalahan melibatkan dua penduduk di Jalan By Pass Ir H Djuanda, Kota Tasikmalaya.

Lapor Tribunnews, sekiranya pergaduhan yang menyebabkan kesesakan jalan itu tidak dihalang akan menyebabkan serangan maut terhadap kedua-dua penyerang yang sudah bersiap sedia dengan senjata tajam.

Seorang individu dilihat memegang gergaji, manakala, seorang lagi lelaki memegang parang dengan darah sudah memancut keluar dari leher salah seorang daripadanya akibat pergelutan sebelum itu.

Penduduk dan pengawal keselamatan yang berada di lokasi kejadian hanya mampu menjerit ke arah suspek, namun langsung tidak dihiraukan.

Tanpa rasa takut, Asep Jojo menghampiri lelaki yang memegang gergaji dan mengarahkannya melepaskan senjata tersebut.


Sementara seorang anggota polis lain berusaha menenangkan penyerang lain.

Asep berkata, ketika kejadian dia sedang melakukan pemeriksaan di kereta sebelum terdengar bunyi pergaduhan.

“Jika saya tidak melepaskan tembakan, kedua-dua mereka sudah pasti akan menyerang antara satu sama lain.

“Kalau hanya dileraikan seperti biasa, tidak akan berhasil serta membahayakan nyawa sesiapa sahaja,” katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori