Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kes GISBH: Tempoh Reman...

SHAH ALAM: Individu yang disyaki berperanan sebagai pengendali aliran tunai GISB Holdings (GISBH)...

Syarikat Air Negeri Diarah...

PUTRAJAYA - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) mengarahkan kesemua syarikat air...

Bekas Pengawal Keselamatan Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Kerugian Bencana Alam Cecah...

LONDON - 10 tahun ini adalah dekad paling teruk terjejas akibat kerugian ekonomi...

Dua Pendaki Gunung Kinabalu Terjatuh Ketika Paragliding

RANAU – Dua lelaki cedera selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti paragliding di Gunung Kinabalu di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, kedua-dua mangsa yang juga pendaki Gunung Kinabalu ditemui di kilometer 7.5 Summit Trail dalam keadaan sedarkan diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.30 pagi.

Katanya, seramai empat anggota dan pegawai bersama empat malim gunung dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi pada jam 9.30 pagi, mangsa pertama didapati cedera di bahagian lutut namun masih mampu untuk bergerak sendiri turun ke kaki gunung.


“Mangsa kedua pula didapati bengkak di bahagian lutut kanan dan disyaki mengalami kecederaan retak tempurung lutut,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Menurutnya, rawatan awal terhadap kedua-dua mangsa segera dilakukan oleh pasukan penyelamat.

“Pasukan penyelamat mencuci luka mangsa pertama, manakala mangsa kedua diberi balutan anduh sebelum diangkat menggunakan stretcher untuk turun ke kaki gunung,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori