Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

‘Lipan Bara’ Antara Tarikan...

KUALA LUMPUR - 'Lipan Bara' aset terbaharu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menarik perhatian...

Warisan Tidak Boleh Larang...

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal...

Veteran UMNO Kesal Dengan...

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO kesal dengan tindakan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk...

Remaja 14 Tahun Ditahan...

KUANTAN – Remaja berusia 14 tahun antara 450 orang yang ditangkap dalam Ops...

ESC Keluar Pas Ekspatriat 1 Minit Berbanding 30 Hari

SEPANG – Bahagian Perkhidmatan Ekspatriat (ESD) hari ini melakar sejarah apabila mampu memproses Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pegawai dagang asing hanya dalam tempoh seminit.

Kejayaan itu turut mendapat pujian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin sambil menyifatkan tempoh tersebut paling pantas di dunia berbanding sebelum ini 30 hari.

“Insya-Allah, memang cepat dan tadi saya kebetulan uji melibatkan seorang ekspatriat sebuah kilang pembuatan besi, segalanya siap lengkap dalam seminit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan secara rasmi pembukaan premis Pusat Satelit ESD (ESC) di aras tiga, balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Turut hadir menyaksikan program ialah Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.


Pewujudan ESC pertama di negara ini membolehkan ekspatriat terus dapat bekerja di negara ini setelah tiba di KLIA dengan diberi pelekat pas imigresen tanpa perlu menunggu tempoh sebulan.

Sebaliknya, individu itu hanya perlu mendapat surat kelulusan pas tersebut daripada kedutaan Malaysia di luar negara dan majikan sudah membuat bayaran pemprosesan secara atas talian.

Ekspatriat tersebut tidak perlu lagi menunggu majikan membuat janji temu atas talian bagi tempah slot giliran di pejabat imigresen sebelum membayar dan mendapat pelekat pas itu.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori