Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kadar Suntikan Vaksin Hampiri...

KUALA LUMPUR - Kadar pemberian suntikan vaksin ke seluruh negara terus meningkat dan...

Lembah Klang Beralih Fasa...

KUALA LUMPUR - Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih kepada Fasa...

Speaker DUN Perak Kena...

IPOH - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Aulong Nga Kor Ming menegur sikap...

“Suami Saya Ada Ciri...

TIDAK malu untuk berkongsi kebahagiaan mereka daripada zaman bercinta lagi, ucapan sayang pelakon...

Feri ‘Water Bus’, ‘Vehicle Transporter’ Bakal Digunakan Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Feri baharu jenis ‘water bus’ dan ‘vehicle transporter’ bakal digunakan bagi operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang bermula penghujung tahun 2022 secara berperingkat, Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong berkata, Penang Port Sdn Bhd kini dalam proses melaksanakan model perniagaan perkhidmatan feri yang baharu selaras pengambilalihan operasi perkhidmatan feri bermula 1 Januari lepas.

“Selaras pengambilalihan semula oleh pihak Penang Port Sdn Bhd, feri-feri lama telah dihentikan operasi berikutan kondisi feri yang terlalu usang serta tidak lagi efektif dan selamat untuk terus beroperasi bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang.

“Pihak berkuasa pelabuhan iaitu Suruhanjaya Pelabuhan (Pulau Pinang) dan operator pelabuhan Penang Port Sdn Bhd telah merencana penaik tarafan fasiliti pelabuhan dan sistem perkhidmatan operasi feri Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang bertanyakan langkah akan diambil kerajaan Persekutuan mengenai penyelenggaraan dan pemulihan perkhidmatan feri Pulau Pinang.


Henry berkata, sepanjang tempoh peralihan ini, operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang menggunakan feri yang disewa Penang Port Sdn Bhd bagi membawa penumpang pejalan kaki dan penumpang dengan kenderaan beroda dua iaitu motosikal dan basikal serta memaklumkan penyelenggaraan feri ini dilaksanakan secara berjadual.

“Dengan pengenalan perkhidmatan feri baharu yang bakal dilaksanakan, kerajaan Persekutuan akan memastikan operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang kekal relevan dan memenuhi kehendak pengguna.

“Kerajaan Persekutuan juga memberi jaminan perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan tanpa sebarang halangan demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori