SEORANG wanita warganegara Britain berketurunan Pakistan yang merupakan graduan berniqab pertama dalam sejarah 900 tahun penubuhan Universiti Oxford, berjaya menamatkan pengajiannya baru-baru ini.
Graduan berkenaan lulus dengan Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Undang-undang Sivil, salah satu ijazah paling berprestij Universiti Oxford.
Wanita itu boleh dianggap simbol kejayaan wanita Islam yang memilih untuk menjaga aurat mereka sepenuhnya.
Kejayaan tetap boleh dicapai tanpa perlu mengorbankan nilai-nilai dan ajaran agama.
Moga beliau terus menjadi inspirasi untuk semua. – MYNEWSHUB
IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI