Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

2 Maut Ditembak, Aktif...

KOTA BHARU - Dua lelaki warga asing yang ditembak mati oleh polis malam...

Dr Mahathir, Isteri Sah...

ISTANA Selangor mengesahkan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah memulangkan darjah kebesaran yang dikurniakan...

Hampir 4,000 Penyimpan TH...

KUALA LUMPUR - Tengoklah apa yang sudah jadi. Gara-gara termakan fitnah pembangkang khasnya...

Lagi Kes Taska Cuai,...

SEMALAM Mynewshub ada melaporkan kes seorang bapa kesal apabila mendapati bayinya mempunyai kesan gigitan yang...

Hanya Kerana Ubah Saluran Televisyen, Bapa Kelar Leher Anak

PETALING JAYA: Gara-gara naik angin kerana saluran televisyen diubah, seorang bapa bertindak mengelar leher anak kandungnya dalam kejadian di rumah mereka di Bernam Jaya, Hulu Bernam di sini, semalam.

Polis menerima laporan pada pukul 12.55 tengah hari daripada suspek berusia 71 tahun berhubung penemuan anaknya yang terbaring berlumuran darah di ruang tamu dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Arsad Kamaruddin berkata, suspek mendakwa sebelum itu ke sebuah kedai di Taman Bernam Jaya pada pukul 12 tengah hari.

Katanya, dia turut memaklumkan leher anaknya berusia 37 tahun itu luka selain darah keluar dari kepala.

“Suspek memaklumkan kepada jiran supaya menghubungi polis.

“Bagaimanapun hasil siasatan mendapati leher mangsa terdapat kesan kelar dalam yang dilakukan pihak ketiga dan bukan bunuh diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Arsad memberitahu, suspek menyatakan pada waktu pagi hari sama, dia dan anaknya bertengkar berpunca mangsa mengubah saluran televisyen.

Ujarnya, dia kemudian menolak mangsa sehingga terkena dinding dan jatuh ke lantai.


“Dia kemudian mengambil pisau di dapur dan mangsa bergelut dengannya sehingga mangsa ditoreh di leher sebanyak tiga kali.

“Kita turut merampas pisau yang digunakan lelaki itu untuk mengelar mangsa susulan serbuan pihaknya di rumah suspek, selain baju kemeja lengan pendek dan seluar pendek,” katanya.

Tambahnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah selain tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Seksyen Kuala Kubu Bharu hari ini untuk permohonan reman.

“Dengan tertangkapnya suspek, polis percaya dapat menyelesaikan kes ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan ,”

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori