Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tiga Pedofilia Dihukum Penjara...

TIGA lelaki pedofila yang ditahan berhubung kes rogol dan bunuh seorang kanak-kanak perempuan...

40 Penyelam Terlibat Bawa...

SERAMAI 40 penyelam dari empat agensi memulakan penyelaman hari ini untuk memasang kabel...

Keluarga Terima Wang Ehsan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 71 keluarga yang terlibat dengan kejadian banjir dan tanah...

UMNO Setuju Sertai Kongres...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa akan mengetuai rombongan...

Harga Baja, Racun Naik 100 Peratus

KUALA TERENGGANU : Kenaikan sehingga 100 peratus harga baja dan racun sejak akhir-akhir ini memberi tamparan hebat kepada petani di negeri ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid, berkata pihaknya sudah sedia maklum akan kenaikan melampau harga baja dan racun tanaman di pasaran.

“Kami sudah mengadakan mesyuarat dengan beberapa pihak berhubung kenaikan harga baja dan racun susulan rungutan petani yang diterima.

“Antara punca kenaikan harga dua bahan pertanian yang dikenal pasti itu ialah kerana kos pengangkutan yang meningkat sekali gus menyumbang kepada kenaikan harga baja dan racun.

“Faktor kilang pengeluaran baja dan racun yang baru bermula selepas diberhentikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga menjadi punca kenaikan mendadak harga baja dan racun,” katanya ketika ditemui pada Program Lawatan Timbalan Menteri KPDNHEP di kawasan Tanaman Fertigasi Melon Manis Terengganu (MMT) di Kampung Peradong, Manir, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri, Zulkefli Amin dan Pengerusi KOPMET Tengku Norulhuda Tengku Muhammad.


Rosol berkata, pihaknya akan mengenal pasti langkah terbaik bagi menyelesaikan isu kenaikan harga baja dan racun yang tidak terkawal di pasaran.

“Isu kenaikan harga baja dan racun dalam perhatian KPDNHEP sekarang dan pihak kami akan cuba mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah itu.

“Cuma kami berharap petani bersabar sementara isu kenaikan harga dan racun itu diselesaikan segera,” katanya

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori