Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Kerajaan UAE Akan Bantu...

PUTRAJAYA - Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan membantu menyelesaikan kes jurutera sivil...

Harga Petrol Kekal

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM4.70 seliter bagi tempoh bermula...

Ahmad Zahid Kerap Buat...

KUALA LUMPUR : Dua bekas pegawai kanan di pejabat Timbalan Perdana Menteri memberitahu...

Badan Lebih Ringan, Lagi...

PENYANYI Hafiz Suip berkata dia mengamalkan rutin diet sihat dan berjaya mengurangkan berat...

Barang Duk Naik Harga, Kementerian Masih Bincang?

Masih berbincang?

Menteri KPDNHEP mesti pro-aktif mengawal harga barang-barang keperluan asas rakyat pasca pandemik dan menjelang musim hujan.

Bukannya baru nak berbincang dan biarkan rakyat menunggu dengan lebih lama lagi sebelum diumumkan langkah-langkah yang direncanakan!

Tindakan berani dan berkesan seperti menyediakan subsidi untuk mengawal kos dedak-dedak binatang ternakan juga antara yang boleh dilakukan bagi memastikan harga ayam contohnya dapat distabilkan.


Begitu juga penguatkuasaan Akta Anti-Pencatutan mesti dipertingkatkan oleh pihak berkuasa KPDNHEP supaya tidak timbul sebarang kemungkinan ‘hoarding’ atau pencatutan oleh pihak pengedar atau pemborong untuk mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat ketika ini.

Malah satu lagi isu yang lebih besar perlu menjadi ‘wake-up call’ kepada Kerajaan ialah apa sebenarnya perkembangan dan hala-tuju ‘Dasar Jaminan Makanan Negara’ yang sepatutnya memastikan kebergantungan kepada import makanan berada pada tahap paling minimum dan kos bahan makanan asas rakyat pada tahap yang berpatutan.

#PemudaJurubicaraRakyat

Petikan : FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori