Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Cub Prix: Zaqhwan Tumpu...

JUARA keseluruhan CP130, Mohd Zaqhwan Zaidi berazam untuk merealisasikan misi pasukan untuk memenangi...

Which Phone, Laman Untuk...

MEMILIH peranti pintar yang menggunakan platform Android pada hari ini mungkin membuatkan anda...

Isu Kamal Disingkir Daripada...

ENTAH mengapa, sejak kebelakangan ini tiba-tiba timbul khabar angin mendakwa pelakon Kamal Adli...

Dewan Negara Lulus Pindaan...

KUALA LUMPUR - Selepas 10 hari Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan...

Hartal Doktor Kontrak 2.0 Protes Bajet 2022

KUALA LUMPUR – Hartal Doktor Kontrak 2.0 akan dilaksanakan sebagai bantahan berikutan Bajet 2022 yang disifatkan, tidak langsung menyelesaikan isu doktor kontrak di negara ini.

Sekretariat Gerakan Hartal Doktor Kontrak melalui kenyataan media di Twitter malam tadi, berkata tiada langkah tanggungjawab penuh diambil kerajaan bagi menyelesaikan masalah berkenaan dan tawaran diberikan tidak masuk akal serta sekadar membuang masa.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak langsung memberikan bantahan kepada Kementerian Kewangan berkenaan isu ini bagi membela hak doktor kontrak.

“Isu doktor kontrak dan masalah sistem kesihatan kita yang akan menggadaikan masa depan kesihatan rakyat tidak dipandang serius oleh Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz).

“Lima tahun dalam perbincangan, masih tiada penyelesaian. Janji lantikan tetap dengan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) yang sering diwar-warkan hanya umpan supaya kami berhenti bersuara.

“Selepas dua tahun doktor kontrak berhempas pulas melawan COVID-19, pengorbanan mereka tetap tidak dihargai,” kata kenyataan itu.


Zafrul ketika membentangkan Bajet 2022 di Parlimen, baru-baru ini mengumumkan kerajaan bersetuju melanjutkan perkhidmatan kontrak bagi 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi untuk tempoh maksimum empat tahun, berbanding dua tahun ketika ini.

Ia bertentangan dengan desakan Hartal Doktor Kontrak sebelum ini, yang menuntut jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu selain hak gaji serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap, termasuk cuti dan faedah.

Pada Julai lalu, Gerakan Hartal Doktor di seluruh negara, terpaksa mengambil tindakan drastik mengadakan perhimpunan aman, susulan kegagalan kerajaan memenuhi tuntutan menawarkan pelantikan tetap kepada semua doktor kontrak sedia ada selain menjelaskan kriteria lantikan tetap secara terperinci. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori