Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

350 Cedera Letupan Di...

TAIPEI - Kebakaran di pentas muzik merebak kepada sekumpulan penonton konsert di sebuah...

Suami Beri Petunjuk, Adira...

DESAS-DESUS mengatakan bahawa Adira AF dan suaminya, Datuk Seri Adenan Abu bakal menimang...

401,105 Calon Duduki Peperiksaan...

KUALA LUMPUR - Hari ini, seramai 401,105 pelajar di seluruh negara mula menduduki...

Royal Selangor Rancang Eksport...

KUALA LUMPUR – Pengeluar dan peniaga piuter, Royal Selangor International Sdn Bhd, kini...

PH Akan Mulakan Propaganda HSR KL-Singapura

Setelah mereka dibelasah teruk di Melaka, saya ramal PH akan mula memainkan propaganda untuk mendesak projek HSR KL-Singapura dipulihkan semula ke projek asal masa BN.

Biarpun ianya mereka juga yang setuju batalkan projek tersebut kononnya Malaysia sudah bankrap dengan hutang RM1 trilion.

Realitinya ialah projek ini sebenarnya tidak menggunakan dana kerajaan Malaysia secara terus tetapi ianya melalui projek financing kadar faedah yang amat rendah dengan jaminan kedua-dua kerajaan Malaysia dengan Singapura dan akan dibayar balik melalui pendapatan dari projek bagi jangka masa yang panjang.

Pun begitu, kemenangan BN di Melaka bermaksud kerajaan Melaka baharu tidak akan membenarkan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) melalui negeri itu sekiranya ia hanya berakhir di Johor Bahru, bukannya Singapura.

Ini adalah kerana kerajaan negeri Melaka mempunyai kuasa melalui akta kegunaan tanah dan juga kebenaran merancang untuk menghentikan projek sekiranya ianya tidak memberi manfaat yang sepenuhnya bagi Melaka.

Ini bermakna rancangan kerajaan PN terdahulu untuk menggantikan projek ini dengan projek HSR Kuala Lumpur ke Johor Baharu dengan kos yang hampir sama sudah terbenam.

Tiada lagi projek HSR Kuala Lumpur ke Johor Baharu walaupun Menteri Ekonomi PN masih mahu laksanakan jikapun puak PN masih mahu bawa ke kabinet untuk diluluskan.


“14 Okt 2021: Kajian HSR KL-Johor siap, tunggu serah Kabinet”

https://www.freemalaysiatoday.com/…/kajian-hsr-kl…/

Lupakan saja rancangan tak masuk akal korang yang akhirnya akan merugikan negara ratusan bilion Ringgit dari segi impak ekonomi dan pampasan terus kepada syarikat konsesi kroni kesayangan akibat jumlah
penumpang serta pendapatan projek yang jauh lebih rendah berbanding jika laluan terus ke Singapura.

Sekiranya PH mahu teruskan permainan korang untuk desak kerajaan pusat untuk mengembalikan laluan asal HSR ke Singapura, saya cabar kerajaan negeri Negeri Sembilan dan Selangor untuk turut mengikut contoh kerajaan BN Melaka untuk menyatakan pendirian yang sama – iaitu tidak akan membenarkan projek HSR melalui negeri masing-masing sekiranya ia hanya berakhir di Johor Bahru, bukannya Singapura.

Petikan: FB Najib Razak

  • Lagi berita berkaitan:
  • HSR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori