PETALING JAYA – Hujan lebat serta ribut petir dijangka membadai beberapa kawasan di Johor dan Sabah pagi ini.
Menerusi perkongsian Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di laman Facebooknya, keadaan cuaca tersebut akan berlarutan sehingga pukul 12 tengah hari.
Di Johor antara kawasan yang terlibat adalah Batu Pahat, Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu, di Sabah ia membabitkan kawasan Sandakan (Beluran) dan Kudat.
-Kosmo Online