Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Lokasi 3 Menara Telekomunikasi...

SIK - Tiga kawasan telah dikenal pasti bagi membina tiga daripada lapan menara...

1MDB Akan Terus Beri...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) berkata ia komited untuk terus menyediakan...

600 Sertai Larian, Kayuhan...

PUTRAJAYA - Seramai 600 peserta menyertai program Larian dan Kayuhan Sahabat Gerakan Revolusi...

Kastam Perak Kutip Hasil...

IPOH - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri Perak mengutip hasil sebanyak RM1.143...

Idris Tunggang Kapcai Ke Pusat Mengundi

MELAKA: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan isteri, Datin Seri Fadilah Abdullah tiba di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lih Jen di Jalan Pokok Mangga di sini untuk mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Idris yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan tiba pada pukul 8.58 pagi dengan menunggang motosikal Yamaha 135LC.

Beliau bersama-sama isterinya dilihat melaksanakan tanggungjawab mengundi di saluran empat.

Idris menjadi Ketua Menteri Ke-10 dari 7 Mei 2013 hingga 10 Mei 2018 sebelum Barisan Nasional (BN) tewas kepada PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang kemudian dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir negeri oleh Ketua Menteri Ke-12, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali pada Mac tahun lalu.

Bagaimanapun, Idris bersama-sama tiga lagi ADUN kerajaan menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman, sekali gus menyebabkan kerajaan negeri tumbang pada 4 Oktober lalu. -Utusan Malaysia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori