NEW DELHI: Angka COVID-19 di India meningkat kepada 34,587,822 pada Selasa, apabila 6,990 kes baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam lalu di seluruh negara, menurut data terkini kementerian kesihatan persekutuan.
Jumlah kes baharu yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam di India adalah yang terendah dalam 551 hari, menurut Xinhua.
Selain itu, sebanyak 190 kematian direkodkan sejak pagi Isnin, menambah jumlah kematian kepada 468,980.
Masih terdapat 100,543 kes aktif di negara ini dengan penurunan sebanyak 3,316 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.
“Angka kes aktif India adalah yang terendah dalam 546 hari,” kata kementerian itu.
Sebanyak 34,018,299 orang pulih dan dibenarkan keluar dari hospital setakat ini, dengan 10,116 kes sembuh baharu.
Bernama-