Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

HPPNK: Empayar Makanan FAMA...

SERDANG - Empayar Makanan menawarkan 401 menu dengan pelbagai konsep dan tema kreatif...

Ramai Tawar Diri Untuk...

SEBAGAI mualaf, Muhammad Waliuddin yang memeluk Islam pada 2011 berkata, idea menjual donat...

Kes Covid-19 Kembali Meningkat...

GENEVA – Kes Covid-19 kembali meningkat di sekitar 110 negara yang didorong oleh...

Perak Tangguh Larangan Guna...

SERI ISKANDAR - Kerajaan negeri Perak menangguhkan larangan penggunaan plastik dan polisterin di...

Industri Agromakanan Disaran Manfaat Dana RM210 Juta

 

KUALA LUMPUR : Golongan pemain dalam rantaian industri agromakanan disaran untuk merebut manfaat daripada dana RM210 juta yang disediakan menerusi program Modenisasi Rantaian Nilai, Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, program yang dijalankan melalui platform Dana Jaminan Makanan itu membuka ruang kepada usahawan terbabit bagi mendapatkan akses dan pembiayaan yang mudah.

“Menerusi pembiayaan ini, usahawan boleh mendapatkan peralatan dan teknologi berteraskan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) seperti robotik, dron dan blockchain sehingga berjumlah RM1 juta pada kadar sehingga 3.5 peratus setahun bagi tempoh sehingga 10 tahun.

“Dari sudut Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan, ia turut diperluaskan daripada Vesel Zon A dan Zon B kepada Zon C dan Zon C2 untuk pemain industri menaik taraf dan memodenkan vesel dari aspek keselamatan serta peningkatan kualiti hasil tangkapan.

“Secara tidak langsung, ia dapat menarik minat warga tempatan terutamanya golongan belia menceburkan diri dalam sektor perikanan tangkapan seterusnya mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja asing,” katanya ketika merasmikan Majlis Mempromosikan Dana Modenisasi Rantaian Nilai, Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan pada Selasa.


Selain itu, pihaknya juga turut mengadakan perbincangan berhubung soal insurans pertanian melibatkan pemain industri yang terjejas terutamanya sewaktu musim tengkujuh.

“Pelan pembangunan insurans itu sedang diusahakan dan ia mungkin akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat untuk manfaat semua pemain industri di negara ini,” katanya lagi.

-Awani

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori