Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pakar Urut Selebriti Urut...

Seorang pakar urut selebriti, Dorothy Stein, 48, dari New Jersey, mempunyai teknik tersendiri...

Honda Sasarkan Jualan Sebanyak...

PETALING JAYA - Honda Malaysia menyasarkan jualan 100,000 unit tahun ini atau peningkatan...

Kempen PRU14 Berakhir Malam...

BAGAN DATUK - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tempoh kempen 11...

Isteri Mangsa Bot Dipercayai...

ALOR SETAR - Isteri kepada salah seorang mangsa yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai...

Isu Harga Sayuran, Ayam Melambung Hangatkan Sesi Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR : Isu kenaikan harga makanan, khususnya sayur-sayuran dan ayam menghangatkan sesi Dewan Rakyat pagi tadi, dengan Ahli Parlimen pembangkang menggesa kerajaan mengambil tindakan serta-merta dalam usaha mengawal kenaikannya ketika ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bangun mencelah ketika Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi selesai menjawab persoalan dibangkitkan Lim Guan Eng (PH-Bagan), menyifatkan trend kenaikan mendadak harga bekalan makanan itu sebagai ‘krisis nasional’.

“Ini kecemasan. Rakyat semua tunggu kita (mahu buat apa), bukan sekadar mahu dengar perancangan sahaja. Kita mahu ini diselesaikan. Sekarang mesti ada satu langkah tindakan segera.

“Speaker kena beri kelonggaran ini (untuk Ahli Parlimen berbahas), kita bukan mahu tahu apa langkah, bukan sahaja yang dibuat oleh kementerian terbabit, tetapi kerajaan hari ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.

Pertikaian mengenai isu berkenaan bermula selepas Alexander memberi amaran, tindakan akan diambil oleh agensi penguatkuasa KPDNHEP terhadap mana-mana pihak yang sengaja menaikkan harga jualannya.

Namun, jawapan diberi itu membangkitkan rasa kurang senang Guan Eng, yang menyifatkan kenyataan itu sebagai langkah tidak adil kementerian khususnya kepada peniaga, yang turut terbeban dengan kenaikan kos dari perolehan bekalan perniagaannya.

“Sekarang jangan hanya salahkan peniaga kerana mereka adalah mangsa juga. Saya rasa kalau pendekatan ini (digunakan) untuk peniaga, itu salah… 100 kali salah.

“Saya harap perlunya ada dana khusus untuk perbanyakkan pembekalan supaya kita dapat bantu petani, peladang dan peniaga, supaya mereka dapat kurangkan kos logistik, itulah puncanya (naik harga),” katanya.

Alexander kemudian bingkas menjelaskan bahawa KPDNHEP serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sudah menyusun beberapa langkah segera untuk menangani trend kenaikan harga bekalan makanan ketika ini.


“Sebab itu saya sudah sebutkan langkahnya awal tadi, mulai 4 Disember ini, kita akan mulakan Jualan Keluarga Malaysia untuk sekurang-kurangnya dapat meredakan secepat mungkin (isu kenaikan harga bekalan makanan) dan yang lain kita akan buat juga.

“Saya juga sebut MAFI pun akan buat sesuatu langkah intervensi yang drastik. Saya juga mahu jelaskan, isu ini sebahagiannya di luar dari (bidang kuasa) KPDNHEP, jadi saya minta kerjasama semua untuk bersikap lebih adil,” katanya.

Terdahulu, dalam jawapan kepada soalan asal Guan Eng, beliau mengumumkan Program Jualan Keluarga Malaysia bermula Sabtu ini di 222 kawasan Parlimen seluruh negara, menawarkan harga jualan 15 hingga 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran, dengan kekerapan dua kali sebulan.

Selain itu, beliau memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga sudah mengumumkan peruntukan bantuan berjumlah RM262 juta bagi membantu peladang yang terjejas susulan kenaikan harga baja dan racun.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM200 juta disediakan sebagai pinjaman agromakanan pada kadar sifar faedah dengan moratorium bayaran balik selama enam bulan melalui Agrobank dan Tabung Ekonomi Kumpulan Urus Niaga (TEKUN Nasional) untuk manfaat pengeluar agromakanan bagi menangani kos pengeluaran yang tinggi di peringkat ladang,” katanya.

Alexander sebelum ini memperincikan kenaikan harga sayur keluaran tempatan dikesan berlaku di beberapa tempat dan berpunca daripada faktor cuaca, logistik serta peningkatan kos baja dan racun.

Beliau berkata cabaran cuaca seperti hujan lebat, banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands serta kawasan tanaman sayur sekitarnya didapati turut menjejaskan rantaian pengedaran, terutama bagi sayur-sayuran dari tanah tinggi berkenaan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori