Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Brazil Hasrat Wujud Hubungan...

KUALA LUMPUR - Brazil berhasrat untuk mewujudkan hubungan dua hala yang kukuh melibatkan...

Kartunis Kontroversi Direman Sehari...

GEORGE TOWN - Polis mendapat perintah reman selama sehari ke atas seorang kartunis...

Barangan Kawalan Mungkin Diwujud...

KOTA KINABALU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mungkin turut...

Ekonomi Terus Jatuh Tapi...

PADAH... Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa segera bertindak ekoran laporan terkini Bank Dunia...

Jangan Tergesa-Gesa Laksana Sekatan Pergerakan

KUALA LUMPUR: Masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan sekatan pergerakan dan sekatan ekonomi, kerana tidak banyak maklumat mengenai varian Omicron buat masa ini, kata Pakar Kesihatan Awam Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid.

Beliau berkata, biarpun kemunculan varian baharu COVID-19, iaitu Omicron, agak membimbangkan, namun kerajaan diharap tidak tergesa-gesa membuat sekatan pergerakan seperti perintah kawalan pergerakan.

Setakat ini, katanya masih terlalu awal untuk mengenal pasti ciri-ciri Omicron, dan negara digesa tidak mengikuti langkah beberapa negara Eropah yang mula melaksanakan sekatan.

“Kalau lihat di Eropah, baru dalam beberapa jam lepas, United Kingdom dah buat pengumuman mengenai kuarantin ditambah kepada 10 hari dan sebagainya. Tetapi suasana di Eropah ini bukan saja disebabkan Omicron, tapi kes memang meningkat dalam dua tiga minggu sebelumnya.

“Tentang negara kita, kalau boleh cuba elakkan sekatan akan datang atau seterusnya kerana ini akan lembabkan ekonomi, beri kesan negatif. Elok lihat dulu dengan terperinci ciri-ciri khusus Omicron, dan jangan panik. Kalau panik terus tutup semua aktiviti ekonomi, ini akan beri kesan amat besar kepada sistem ekonomi negara,” katanya lagi.


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Sabtu berkata, Kementerian Kesihatan akan terus memantau laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara lain berkaitan perkembangan Omicron.

Jelasnya lagi, pemantauan berterusan itu akan membantu KKM membuat keputusan bagi meluaskan sekatan pengembaraan terhadap mana-mana negara, sekiranya perlu.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori