Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jet Pejuang Korea Selatan...

SEOUL - Seorang juruterbang Korea Selatan terbunuh manakala seorang lagi cedera parah dalam...

Jangan Sekat Pendakwah Bebas...

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menyeru pihak berkuasa supaya tidak menyekat pendakwah...

Penduduk Boleh Minta Ganti...

IPOH - Sebarang kerosakan yang berlaku pada premis disebabkan pelaksanaan Projek Loji Rawatan...

Najib Lancar Indeks Syariah...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Indeks...

Jari Kaki Warga Indonesia Hancur

JASIN: Seorang pekerja ternakan ikan terpaksa menahan kesakitan kira-kira satu jam selepas jari kaki kanannya tersepit dalam mesin pengisar, dalam kejadian di kolam ternakan ikan dekat Kampung Kemengkang, di sini, petang tadi.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 3.30 petang, ketika mangsa seorang warga Indonesia berusia 45 tahun sedang memproses makanan ikan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II KUP Bukari Rejab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.47 petang sebelum lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, ketika melakukan kerja memproses makanan ikan, mangsa dikatakan tiba-tiba tergelincir dan kemudian disedari rakannya yang bertindak menutup suis mesin pengisar.

“Rakan mangsa kemudian memaklumkan kepada penyelia merkea lalu menghubungi pasukan bomba bagi mendapatkan bantuan.


“Kerja menyelamat bagi mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit mengambil masa kira-kira 45 minit sebelum berjaya dibawa keluar,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Jasin bagi rawatan lanjut selepas jari kakinya hancur.

BHOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori