Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Warga British Derma Organ...

SEORANG lelaki warga British berusia 49 tahun yang meninggal dunia di China akibat...

KJ Tolak Tawaran Jadi...

TOLAK... Bekas calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin menolak pelawaan Presiden UMNO Datuk Seri...

MCA: Tak Munasabah Muhyiddin...

Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon menolak pengumuman bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin...

Nasha Teroka Bidang Bisnes...

AKTRES cantik jelita, Nasha Aziz sekian lama tidak muncul di kaca televisyen (TV)....

Julian Assange Dibenar Berkahwin Di Penjara

PENGASAS Wikileaks, Julian Assange diberikan kebenaran untuk berkahwin dengan pasangannya, Stella Moris di penjara Belmarsh, United Kingdom menurut laporan BBC.

Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki, kedua-duanya hadir ketika Assange tinggal di dalam kedutaan Ecuador di London.

Pihak penjara berkata, permohonan Assange itu “dipertimbangan dengan cara seperti biasa melalui pegawai penjara.”

Perkembangan terbaharu itu nyata melegakan pasangannya, Moris dan dia menyatakan dirinya berasa “lega kerana telah menang”.

“Saya harap tiada lagi gangguan dalam perkahwinan kami,” katanya seperti dilaporkan BBC pada Jumaat.

Untuk rekod, banduan berhak untuk memohon berkahwin di dalam penjara di bawah Akta Perkahwinan 1983.

Sebaik permohonan itu diluluskan, mereka mesti menanggung sepenuhnya kos penuh perkahwinan itu, tanpa bantuan pembayar cukai.

Dalam temu bual dengan Mail pada Ahad tahun lalu, Moris, seorang peguam kelahiran Afrika Selatan, mendedahkan, dia telah menjalin hubungan dengan Assange sejak 2015 dan membesarkan dua anak lelaki mereka sendirian.


Melalui rakaman video yang disiarkan di akaun YouTube Wikileaks, Moris berkata, dia bertemu pasangannya itu pada 2011 apabila menyertai pasukan peguamnya.

Katanya lagi, dia telah melawat Assange di kedutaan hampir setiap hari dan telah “mengenali Julian dengan lebih baik.”

Pasangan itu jatuh cinta pada 2015 dan bertunang dua tahun kemudian.

Assange, 50, sehingga kini terus menentang ekstradisinya kepada Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan pengintipan.

Dia dikehendaki di AS atas dakwaan konspirasi untuk mendapatkan dan mendedahkan maklumat pertahanan negara, berikutan penerbitan Wikileaks mengenai ratusan ribu dokumen yang bocor berkaitan perang Afghanistan dan Iraq.

Penerbitan termasuk siaran rakaman pada April 2010 menunjukkan askar AS menembak dan membunuh orang awam dari helikopter di Iraq.

Awani-

  • Lagi berita berkaitan:
  • Dunia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori