Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gangguan Sementara Beberapa Perkhidmatan...

KUALA LUMPUR - Pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) akan mengalami gangguan sementara perkhidmatan...

Polis Lahad Datu Tahan...

LAHAD DATU - Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah dipercayai syabu lebih...

KDN Siasat Rakaman Audio...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat rakaman audio perbualan didakwa...

PM Kunjungi Kedai Roti...

MANILA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sempat meluangkan...

Kadar Rt Covid-19 Di Melaka Pada Tahap Membimbangkan

MELAKA : Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka merekodkan peningkatan kadar kebolehjangkitan kes (Rt) Covid-19 di negeri ini berada pada tahap yang membimbangkan.

Pengarahnya, Dr. Rusdi Abd. Rahman berkata, kadar tersebut meningkat kepada 0.97 pada 12 November lalu, sekaligus menggambarkan potensi penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan masyarakat, khususnya pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok.

Jelasnya, situasi buruk itu berkadar terus dengan peningkatan kes baharu Covid-19 yang direkodkan di negeri ini susulan langkah-langkah pencegahan tidak diamalkan.

“Situasi Covid-19 di Melaka masih belum stabil dengan kadar insiden purata kes tujuh hari masih tinggi iaitu 19.9 per 100,000 penduduk pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-45.

“Kadar insiden jangkitan bagi tempoh 14 hari dari 4 November hingga 18 November adalah 290 per 100,000 penduduk dan menduduki tangga kelima tertinggi dalam negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, sehingga 13 November, sebanyak 181 kluster kumulatif direkodkan dengan 14 daripadanya masih aktif.

“Sehingga ME ke-45, sebanyak 67,808 kes kumulatif Covid-19 telah direkodkan dengan 2,724 kes aktif dan 915 kes kumulatif kematian, di mana 119 kes ada kes kematian di luar hospital (BID).


“Bagaimanapun, kebanyakan indikator utama seperti purata kes aktif, kes kematian, dan kadar kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) menunjukkan tren penurunan,” jelasnya.

Sehubungan itu, JKN mengingatkan masyarakat terutama ahli politik, petugas PRN, pengundi dan semua pihak sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

“Peringatan kepada individu yang bergejala, mereka akan diasingkan untuk mengundi di khemah khas dan diwajibkan untuk memakai pelitup muka dan sarung tangan pakai buang.

“Individu berstatus dalam siasatan (PUI) dan pesakit dalam pematuhan (PUS) perlu mendapatkan kebenaran pegawai kesihatan daerah yang mengawasi Arahan Pemerintahan Pengawasan dan Pemerhatian tersebut sebelum keluar mengundi,” jelasnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori