Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

6 Pejabat Imigresen Lanjut...

PUTRAJAYA : Jabatan Imigresen (Imigresen) melanjutkan waktu operasi enam pejabatnya hingga jam 10...

Waris Keluarga Mangsa MH370...

Beberapa orang mendakwa sebagai waris keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370,...

NSBA Rayu Pemimpin Berkompromi...

SEREMBAN - Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul...

Abu Kassim Nafi Dilantik...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Abu Kassim Mohamed menafikan khabar angin bahawa beliau...

Kajian Semula Gaji Minimum Selesai Akhir Tahun Ini

Kajian mengenai Perintah Gaji Minimum sedang dilaksanakan dan dijangka selesai suku keempat tahun ini, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim.

Menurutnya, kajian semula gaji minimum itu selaras dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang mana ia perlu dikaji sekali dalam dua tahun.

“Ini kita tidak boleh ubah, kalau kita mahu ubah kena buat melalui Parlimen (kajian dua tahun sekali) ia bukan setahun sekali seperti Yang Berhormat Muar katakan tadi,” jelasnya

Awang berkata demikian menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) mengenai semakan gaji minimum di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelas Awang, bagi meningkatkan lagi kadar gaji minimum, Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dipertanggungjawabkan membuat kajian.


Kajian itu, ujarnya, mengambil kira pelbagai aspek termasuk kestabilan ekonomi, rangsangan Keluaran Dalam Negara Kasar, kos dan standard kehidupan rakyat.

Kali terakhir gaji minimum dinaikkan pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan.

-Malaysia Datelines

  • Lagi berita berkaitan:
  • Gaji

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori