Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Maszlee Serah Kepada KDN...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan menyerahkan siasatan isu penerbitan dan pengedaran komik ‘Inisiatif Jalur...

“Kalau Marhaen Kau Dok...

"BEZA pangkat dan darjat", demikian tweet netizen yang kesal diberi layanan tidak sama...

Murid Dikesan Miliki Dadah

KOTA BHARU - Mencacatkan catatan pada draf jenayah indeks dikeluarkan polis apabila murid...

Jenazah Allahyarham Datin Habibah...

MUAR - Jenazah Allahyarham Datin Habibah Mahmud, isteri kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke...

Kami Ada Duit – IMC

IPOH : ‘Takkan kami berani jika tidak ada wang’.

Demikian tegas Pengurus Impact Media Communications Sdn. Bhd. (IMC), Khairul Mahmood selepas syarikat itu membeli saham Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), kelmarin.

Pembelian 100 peratus pegangan saham badan induk itu membolehkan syarikat tersebut menjadi pemilik baharu kepada Perak FC.

Khairul berkata demikian berikutan tindakan warga net mempertikai kemampuan IMC sebaik sahaja berita berhubung pembelian tersebut tersebar di laman sosial.

“Baru beberapa jam selepas IMC bersetuju menjadi pemilik Perak FC, sudah tersebar berita-berita negatif tentang kami.

“Percayalah kami bukan nak menganiayai sesiapa. Kami tidak sebodoh itu nak memerangkap diri sendiri dalam skandal kewangan besar seperti ini.

“Apa yang warga net tengok itu sebenarnya website lain. Kalau nak tengok siapa kami sebenarnya tengok laman sesawang IMC Sports & Entertainment,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Khairul berkata, IMC akan melaksanakan tanggung jawab terhadap Perak FC dengan segera terutama berkaitan dengan pelunasan tunggakan gaji pemain.

“Kami akan bertemu semua pemain untuk mula berbincang. Selesai sahaja, kami akan adakan satu sidang akhbar.

“Pada majlis itu nanti, pemain sendiri akan bercakap dan beritahu testimoni tentang kami kepada hadirin,” katanya.

Kelmarin, Pemangku Presiden Pafa, Datuk Mohammad Yadzan Mohamed mengumumkan penjualan 100 peratus saham Pafa kepada IMC.

-Utusan Online

31 KOMEN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori