Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Permohonan Najib Batalkan Saman...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 7 Nov bagi mendengar permohonan...

Deposit SSPN 2021 Cecah...

PETALING JAYA: Deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) mencatatkan jumlah RM3.01 bilion, sekaligus...

Awasi Bekas Lombong Bauksit...

KUANTAN - Penduduk yang tinggal berhampiran bekas lombong bauksit sekitar daerah ini digesa...

Doktor Bunuh Suami Kerana...

Seorang doktor, Chamari Liyanage didakwa membunuh suaminya Dinendra Athukorala dengan penukul kerana bimbang...

Menyamar Pakar Sakit Puan, Minta Gambar Kemaluan

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 36 tahun diberkas selepas dia didakwa berpura-pura menjadi pakar sakit puan dan meminta seorang wanita menghantarkan gambar-gambar kemaluannya bagi ‘tujuan penyelidikan’.

Berita Mediacorp melaporkan, pada 24 Julai lalu, polis menerima satu aduan seorang lelaki didakwa menyamar menjadi seorang pakar sakit puan dari sebuah hospital.

Dia mempelawa mangsa untuk menyertai satu kempen ‘meningkatkan kesedaran bagi kesihatan kaum wanita’.

Menurut polis, lelaki itu didakwa membuka satu profil Facebook untuk mewakili dirinya sebagai seorang pakar sakit puan dan meminta mangsa gambar-gambar kemaluannya ‘atas alasan diagnosis perubatan dan tujuan penyelidikan’.

Polis mengenal pasti identiti lelaki itu dan menangkapnya pada Khamis lalu.

“Siasatan awal mendedahkan lelaki itu dipercayai terlibat dalam kes-kes penipuan serupa yang lain.


“Peralatan elektronik digunakan dalam melakukan kesalahan itu dirampas sebagai bahan bukti,” menurut Pasukan Pegawai Polis (SPF) dalam satu kenyataan.

Lelaki itu akan didakwa hari ini atas tuduhan menipu dengan menyamar.

“Polis ingin memberi amaran kepada anggota masyarakat bahawa ia adalah satu kesalahan serius untuk menyamar sebagai individu lain dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang secara terang-terangan tidak mengendahkan undang-undang.

“Jika didapati bersalah menipu dengan menyamar, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, didenda atau kedua-duanya sekali,” jelas polis.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori