Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Setiap Kerajaan Mahukan Tok...

SIAPA masih ingat kisah Dr. Maszlee Malik letak jawatan Menteri Pendidikan pada Januari...

Gentari Meterai 12 MOU...

ENTITI milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Gentari Sdn Bhd menandatangani 12 Memorandum...

Aidilfitri: SADA Selesaikan 80%...

ALOR SETAR – Semua aduan pengguna mengenai gangguan bekalan air di Kedah sepanjang perayaan Aidilfitri ini dapat diselesaikan...

Muflis, Senarai Hitam Layak...

KUALA LUMPUR - Golongan yang diisytihar muflis atau disenarai hitam, boleh menarik nafas...

Potong Gaji Pekerja RM1.57, Majikan Disaman RM80,205

TOKYO: Seorang pemandu kereta api di Jepun memfailkan saman sebanyak 2.2 juta yen (RM80,205) terhadap majikannya selepas gajinya dipotong sebanyak 43 yen (RM1.57) akibat kelewatan selama seminit.

Lapor Daily Mail, pekerja itu dijadualkan untuk memandu kereta api kosong ke Stesen Okayama di selatan negara itu pada 18 Jun tahun lalu.

Namun, pekerja itu tiba di platform salah apabila mengambil alih daripada pemandu lain.

Dia kemudian bergegas ke platform yang betul namun kesilapan itu menyebabkan masa pelepasan dan ketibaan kereta api ke depoh masing-masing tertunda selama seminit.

Situasi itu menyebabkan West Japan Railway Company (JR West) memotong 85 yen (RM3.10) daripada gaji bulan Julai pekerja terbabit.

JR West mengemukakan alasan bahawa ‘tiada kerja dilakukan’ semasa tempoh kelewatan dua minit tersebut yang mewajarkan pihaknya melakukan pemotongan gaji.

Pemandu kereta api itu kemudian membawa perkara tersebut ke Pejabat Pemeriksaan Piawaian Buruh Okayama yang menyebabkan JR West mengurangkan masa kelewatan kepada seminit dan denda sebanyak 43 yen.


Pekerja berkenaan enggan menerima potongan gaji tersebut dengan alasan kelewatan tidak menyebabkan sebarang gangguan pada jadual waktu memandangkan kereta api itu kosong tanpa penumpang.

Dia memfailkan kes itu di Mahkamah Daerah Okayama pada Mac lalu dan menuntut pampasan sebanyak 2.2 juta yen (RM80,205) bagi keseksaan mental yang dialaminya.

JR West menggunakan ‘prinsip tiada kerja, tiada gaji’ sebagai alasan disebalik tindakan pemotongan gaji tersebut.

Menurut syarikat itu, prinsip itu terpakai kepada mana-mana pekerja yang datang lewat atau tidak hadir ke kerja.

VIRAL >>> Keluar Angin Melalui Faraj – Hukum Dan Implikasinya

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori