Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kisah NGO Berteras Hindu...

Hari ini, seluruh negara dikejutkan dengan tragedi sedih awal pagi yang menyaksikan puluhan...

Bimbing & Disiplin, Bukan...

KUALA LUMPUR - Larangan untuk remaja keluar rumah pada waktu malam hanya akan...

Penganjur Perlu Patuhi Undang-Undang...

GEORGE TOWN - Setiap penganjur tidak kira sama ada dalam kapasiti individu, badan...

Sarawak Bekal Tenaga Elektrik...

Kuching : Sarawak bakal menjadi pengeksport utama bekalan tenaga elektrik di Asia Tenggara...

Kit Siang Tak Faham Bahasa Rupanya

Uncle masih tak henti-henti untuk ratib nama saya.

Kali ini, dia tanya saya kenapa saya tak malu dan begitu tamak nak minta rumah bernilai RM100 juta.

(Kali ini dia guna gambar yang saya bergaya. Mungkin Uncle sudah minat saya kot.)

 

Eh… saya dah jawab banyak kali. Kamu tak faham ke?

Saya mohon tahun 2018 bawah akta kerajaan yang dipinda boss kamu Mahathir.

Saya diberi 3 bidang tanah untuk pilih. Keluarga saya pun pilih satu.

Nilai tidak diberitahu kepada kami dan nilai itupun adalah dari portal pro-PN.

Namun saya sudah tolak kediaman itu sebab tidak mahu dijadikan isu. Keputusan ini muktamad.

Mai kita ceritakan tentang siapa yang tamak.

Apabila hakim (yang telah ditukar PH dari mahkamah sivil selepas perbicaraan kes SRC saya berjalan) menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun pada saya , dia tak kata saya songlap RM42 juta.

Dia bersetuju wang itu bukan digunakan untuk peribadi saya atau keluarga tapi dia kata ianya bukan hak saya untuk sedekah.

“Duit RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah, kata hakim”

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/271571


Saya tak songlap. Saya beri semua pada Rakyat melalui pelbagai program dan saluran.

Seperti didedahkan oleh SPRM dan pegawai bank dalam perbicaraan SRC, dana RM645 juta yang diterima terus dari Menteri Kewangan negara Arab Saudi kepada akaun saya, saya juga beri segalanya kepada Rakyat.

“Najib terima RM642 juta dari Arab Saudi”

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/598722/najib-terima-rm642-juta-dari-arab-saudi

Termasuk untuk membantu banjir besar tahun 2014 di negeri-negeri timur semenanjung Malaysia dan juga memberi kain jubah bagi semua program-program amal yang dianjurkan untuk imam, tahfiz dan semua pegawai Masjid di lebih 7 ribu masjid seluruh Malaysia untuk 4 tahun berturut-turut dari tahun 2011 ke 2014.

“Kenyataan Jakel mengenai dakwaan terima wang 1MDB”

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenyataan-jakel-mengenai-dakwaan-terima-wang-1mdb-210750

Jika saya tamak, saya dah ambil RM100 juta dari RM642 juta itu untuk beli rumah besar-besar seperti rumah kamu di The Mines, projek kroni kamu. Masih lagi baki RM542 juta untuk beri pada Rakyat.

Tapi saya tak buat begitu pun.

Jika saya nak songlap, kenapa saya tak songlap pula RM645 juta yang diberi kepada saya tapi saya sanggup tunggu 4 tahun setelah saya sokong KWAP meminjam kepada SRC pada tahun 2011 untuk “songlap” RM42 juta dengan memberinya kepada Rakyat?

Sebab itu, saya nak tanya Uncle.

Adakah RM209 juta sudah dibayar Guan Eng sebagai sebahagian bayaran RM305 juta giler mahal untuk kos membuat laporan projek terowong itu juga sedekah kepada syarikat kroni terowong?

Posting Uncle: https://www.facebook.com/limkitsiang2.0/posts/440415120779703

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori