Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Manifesto BN: Pisahkan Fungsi...

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) bercadang menghapuskan konflik kepentingan melalui pelaksanaan pemisahan...

Pelajar Malaysia Kostum ‘Spiderman’...

TAIPEI - Malang buat seorang pelajar Malaysia di Universiti Da Yeh, wilayah Changhua...

UiTM, PTPTN Jalin Kerjasama...

SHAH ALAM - Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional...

PRU15: Proses Pengundian Bermula

KUALA LUMPUR : Proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula secara...

Kutipan Efektif PTPTN Dapat Bantu Lebih Ramai Pelajar

Kuala Lumpur : Pembayaran tepat pada masanya dan kutipan yang efektif oleh peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dapat membantu lebih ramai rakyat menerima bantuan serta memulihkan semula ekonomi negara.

Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, ketidakmampuan membayar hutang PTPTN sekiranya bersangkutan dengan situasi ekonomi semasa (pandemik Covid-19) adalah alasan yang kukuh.

Namun, katanya ada juga segolongan lebih 500,000 peminjam yang tidak pernah membayar langsung hutang PTPTN adalah mendukacitakan.

“Ini kerana ia mengekang kejayaan asal penubuhan PTPTN iaitu memberi bantuan kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti kepada semua rakyat Malaysia, kerana wang yang tidak dapat dikutip oleh PTPTN akan menyulitkan peluang memberikan pinjaman baru dan terus bergantung kepada peruntukan kewangan baru daripada kerajaan setiap tahun.

“Sekiranya peruntukan tambahan kepada PTPTN setiap tahun dapat dikurangkan, kesan daripada pembayaran yang tepat pada masanya dan kutipan yang efektif, maka belanjawan terbabit dapat digunakan oleh kerajaan untuk membantu lebih ramai lagi rakyat seperti di bawah Bantuan Keluarga Malaysia dan sebagainya.

“Selain itu, hasil terbabit dapat dibelanjakan secara fiskal untuk memulihkan semula ekonomi negara yang sedang bertatih ke arah Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) yang lebih positif,” katanya kepada Harian Metro.


Beliau mengulas mengenai seramai 539,284 peminjam PTPTN tidak pernah membuat bayaran balik setakat 30 September lalu dan jumlah itu adalah daripada 2,424,009 orang peminjam yang telah menamatkan pengajian dan patut mula membayar balik pinjaman mereka yang berjumlah hampir RM24.6 bilion.

Aimi Zulhazmi berkata, usaha PTPTN yang membuat banyak program sama ada kaunseling atau pun melantik ejen kutipan di seluruh negara secara meluas perlu diteruskan.

“Antara penyelesaian lain, membenarkan pengeluaran KWSP Akaun 2 untuk membayar PTPTN juga harus dikembangkan lagi,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori