Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rumpai Miang Mexico Dikesan...

SEREMBAN - Tiga lagi kawasan di Negeri Sembilan iaitu Labu, Sendayan dan Jempol...

Kesepakatan, Perpaduan Tunjang Kekuatan...

SANDAKAN - Kesepakatan dan perpaduan menjadi tunjang utama kepada UMNO Sabah dalam menyelesaikan...

Lelaki Cedera Parah Ditetak...

KLUANG - Seorang lelaki cedera parah akibat ditetak dengan parang oleh dua individu...

Cuaca Baik Hampir Di...

PETALING JAYA ā€“ Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin...

Caruman Baru KWSP Dikreditkan Ke Akaun 1

Caruman baharu diterima oleh ahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membuat pengeluaran dana akan dikreditkan dahulu ke Akaun 1 sepenuhnya hingga keseluruhan jumlah pengeluaran diambil dapat diganti semula, kata Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah.

Setelah itu, beliau berkata pecahan caruman akan kembali kepada 70 peratus ke Akaun 1 dan 30 peratus ke Akaun 2.

ā€œIni adalah usaha kerajaan untuk menambah baik simpanan ahli yang telah membuat pengeluaran melalui skim i-Sinar dan i-Citra untuk meringankan beban ditanggung berikutan impak pandemik Covid-19,ā€ katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata berdasarkan statistik semasa dan mengambil kira pengeluaran skim i-Sinar dan i-Citra, hanya 27 peratus daripada ahli aktif berumur 18 hingga 55 tahun dijangka mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi kuantum simpanan asas yang ditetapkan mengikut umur.


Beliau menjawab pertanyaan soalan tambahan oleh Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) mengenai usaha kerajaan dalam memastikan simpanan KWSP dalam Akaun 1 mencukupi untuk menampung keperluan asas selepas persaraan.

Sebelum itu, Shahar memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan juga terus meneliti kaedah-kaedah lain untuk memastikan Jaringan Keselamatan Sosial persaraan rakyat dapat kembali ke tahap sepatutnya.

– Bernama

  • Lagi berita berkaitan:
  • KWSP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori