Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lama Termenung, Erwin ‘Korban’...

RAMBUT merupakan aset bagi seseorang, lebih-lebih lagi jika mereka merupakan seorang selebriti yang...

Mat Razi Calon Dinamik...

TUMPAT - Pemimpin Umno Kelantan menyifatkan calon BN bagi PRK Pengkalan Kubor Mat...

Lima Anak Syarikat Ladang...

KOTA BAHRU – Pakatan Harapan mendakwa kesemua lima anak syarikat Ladang Rakyat yang...

Bekas Guru Berdepan Hukuman...

KOTA BHARU – Seorang bekas guru dari Thailand diarah membela diri atas tuduhan...

Lantikan Exco Daripada ADUN PN Akan Diputuskan Kemudian – Sulaiman

AYER KEROH : Kedudukan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu Perikatan Nasional (PN) sama ada akan turut menyertai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bakal diputuskan kemudian.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, perbincangan bersama pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) akan diadakan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Ini kerana jelasnya meskipun pentadbiran di peringkat pusat masih dibawah kerjasama kerajaan PN, namun senario Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri yang menyaksikan BN bertanding solo perlu diambil kira.

“Itu saya kena mesyuarat terlebih dahulu dan saya mesti berbincang dengan pucuk pimpinan atasan.

“Sebab kali ini (BN) bertanding secara solo, bukan di dalam kerajaan atau Perikatan Nasional seperti mana hari ini.

“Jadi apa jua keputusan dibuat pucuk pimpinan saya akan akurlah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meneruskan tugasnya pada hari pertama di Kompleks Seri Negeri, di sini, pada Isnin.


Sulaiman yang sebelum ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 hari ini secara rasmi meneruskan tugasannya selepas selesai PRN Melaka yang menyaksikan BN mendapat majoriti dua pertiga.

Keputusan rasmi menunjukkan BN, yang diwakili UMNO, MCA, dan MIC berjaya mendapat 21 daripada keseluruhan 28 kerusi.

Senarai barisan Exco Kerajaan Negeri juga akan diumumkan pada minggu ini.

Sulaiman sebelum ini dilaporkan berkata, beliau akan meneliti perkara berkenaan terlebih dahulu sebelum membincangkannya dengan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PN yang berjaya mendapat mandat rakyat ialah Dr Mohd Aleef Yusof (Sungai Udang) dan Dr Dr Yadzil Yaakub (Bemban).

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori