Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mandat Baharu & Kukuh...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN memerlukan mandat...

Alat Sulit Lelaki Ini...

DENGAN kos pembedahan 50,000 pound (kira-kira RM266,265), Andrew Wardle akhirnya bakal mempunyai kemaluan...

Kes Hina Islam: Lelaki...

Kuala Lumpur : Lelaki yang ditahan polis selepas dikatakan menghina Islam menerusi rakaman...

Kedai Ayam Segar Jual...

SUNGAI PETANI - Demi ayam yang dijual pada harga hanya RM1 seekor, orang...

Lee Zii Jia Kini Di Ranking Ketujuh Dunia

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia melonjak satu anak tangga kepada kedudukan ketujuh dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas mengumpul 76,100 mata daripada 31 kejohanan disertainya.

Persatuan Badminton Malaysia dalam hantaran di laman Facebook hari ini turut memaklumkan pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu juga berada dalam kedudukan teratas Ranking Jelajah Dunia dengan 33,960 mata.

Pemain Jepun, Kento Momota kekal selaku pemain nombor satu dunia diikuti Viktor Axelsen dari Denmark kekal di ranking kedua manakala pemain Indonesia Jonatan Christie turun satu tangga kepada ranking kelapan.

Selain itu, gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula kekal di kedudukan kelapan dunia dengan 74,521 mata selepas bertanding dalam 34 kejohanan di bawah kategori beregu lelaki.


Beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah kekal di kedudukan ke-18 dengan 50.452 mata selepas 22 kejohanan.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori