Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gurun Sahara Diliputi Salji,...

ALGIERS - Tompokan salji terdapat di beberapa tempat di bahagian barat Gurun Sahara...

Biro Disiplin AMK Sahkan...

BIRO Disiplin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mengesahkan penahanan anggota Majlis Pimpinan Pusat...

Daya Ingatan LGE Pudar...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Liang Teck Meng...

Padah…Pemuda Maut Mengintai Bini...

Gara-gara berang melihat seorang lelaki yang sedang mengintai isterinya, seorang suami berserta rakan-rakannya...

Lelaki Disyaki Kelar Ibu Saudara Sehingga Mati Direman Seminggu Lagi

IPOH: Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin mengeluarkan perintah reman disambung seminggu lagi terhadap seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas.

Suspek yang berumur 40 tahun itu disambung reman sehingga 23 November hadapan.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus selepas mendapat permohonan lanjutan daripada pihak polis.

Pada 10 November lalu, suspek direman seminggu, yang berakhir hari ini, bagi membantu siasatan kes seorang wanita warga emas ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan pisau masih tertusuk di lehernya di sebuah rumah di Kampung Cina, Menglembu, Ipoh.

Dalam kejadian sekitar jam 3 petang 9 November lalu, mangsa yang berusia 73 tahun dipercayai ditikam dan dikelar oleh anak saudaranya sendiri di dalam rumah mereka.


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mangsa ditemui anggota polis dalam keadaan tertiarap di tepi katil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis juga akan menyemak rekod kesihatan suspek.

Awani-

  • Lagi berita berkaitan:
  • bunuh

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori