Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut...

BUTTERWORTH - Sepasang suami isteri kehilangan anak lelaki mereka yang berusia 3 tahun...

PRU-15 Persiapkan Malaysia Hadapi...

Kajian Bloomberg Markets Live sehingga 1 April lalu turut meramalkan dunia akan mengalami...

Banjir: Sebuah Sekolah Ditutup...

MIRI - Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelabit di Miri menjadi satu-satunya sekolah di...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini berikutan harga...

Lelaki Tak Mengaku Salah Cabul Anak Teman Wanita

KOTA BHARU – Lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan teman wanitanya di dua lokasi di Jelawat, Bachok pada Mei lalu.

Tertuduh, Abdul Aziz Mohamed, 62, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 15 tahun 10 bulan di kawasan semak dan sebuah rumah di Jelawat, Bachok dari 2 Mei sehingga minggu keempat Mei lalu antara 12 tengah hari dan 2 pagi.

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fariz Abdul Hamid dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ahmad Fariz memohon tiada jaminan ditawarkan kerana perbuatan yang dilakukan lelaki itu adalah keji selain tertuduh mengenali mangsa.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 7 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – myMetro Online

Baca: Bomoh Ditahan Rogol Wanita Terima Rawatan

Juga: Bapa Durjana Rogol Anak, Rodok Kemaluan Isteri Dengan Botol Susu

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori