Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Budak 11 Tahun Didakwa...

CLEVELAND, Ohio – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun didakwa di sebuah mahkamah...

MH 17: Trauma Memikirkan...

BALU kepada Robert Ayley, 29  mangsa nahas tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di...

Zahid: Beku Pekerja Asing...

KUALA LUMPUR - Pembekuan pengambilan pekerja asing sejak pertengahan Februari lalu mengakibatkan perniagaan...

Kemalangan: Kes Pemandu Treler...

JEMPOL - Mahkamah Majistret Bahau hari ini menetapkan 13 November ini sebagai tarikh...

Lelaki Warga India Pulang Ke Mumbai Dari Afrika Selatan Positif COVID-19

NEW DELHI: Seorang lelaki India berusia 32 tahun yang tiba di Mumbai dari Afrika Selatan melalui Delhi disahkan positif Coronavirus (COVID-19), lapor Xinhua memetik laporan media pada Isnin.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada beliau dijangkiti varian Omicron COVID-19.

Penumpang itu tiba di India dari Afrika Selatan pada 24 Nov, dan disahkan positif berdasarkan sampel yang diambil semasa ketibaannya.

“Penumpang itu dalam perjalanan dari Cape Town ke Delhi melalui Dubai. Beliau memberikan sampel di Delhi dan dibenarkan menaiki penerbangan sambungan ke Mumbai. Setibanya di Mumbai, beliau didapati positif.

Beliau tidak menunjukkan gejala dan melakukan kuarantin kendiri di rumah. Kemudian, lelaki itu dikuarantin di sebuah institusi,” kata seorang pegawai kesihatan tertinggi di Mumbai.


Jabatan kesihatan Mumbai sudah memaklumkan pihak berkuasa lapangan terbang dan usaha dilakukan untuk mengesan penumpang dalam penerbangan yang sama dengan lelaki itu.

Sementara itu, sampelnya telah dihantar untuk penjujukan genom bagi mengetahui sama ada beliau membawa varian Omicron yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori