Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Foto Anak Harith Iskander...

PENGACARA dan pelawak Harith Iskander kini sudah boleh menarik nafas lega selepas gambar...

Budak 10 Tahun Ketagih...

KEBANYAKAN orang akan memilih susu lembu atau kambing sebagai minuman harian, namun bagi...

Agnes Monica Dikritik Pakai...

PENYANYI popular Indonesia, Agnes Monica dikritik gara-gara memakai skirt jarang yang memaparkan tulisan...

Bas Percuma Langgar Jentolak...

SABAK BERNAM - Seorang pemandu bas dan seorang penumpang berdepan detik cemas apabila...

“Mak Jatuh Tersungkur, Dijahit Dengan Lima Jahitan” -Aril Pilus

PETALING JAYA : Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus berkongsi insiden cemas apabila ibu tercintanya, Normah Abdullah, 67, terpaksa menerima lima jahitan di bahagian bawah mata akibat jatuh tersungkur di dapur rumah.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popular Menatap Matamu itu memuat naik beberapa perkongsian di Instastory yang memaparkan kecederaan yang dialami ibunya.

Katanya, ibunya terpaksa dikejarkan ke Hospital Jasin, Melaka bagi mendapatkan rawatan selepas di bahagian bawah matanya terkoyak.

“Terkejut kakak hubungi pagi-pagi buta memberitahu mak jatuh tersungkur di dapur. Koyak pula bawah mata mak. Allah.

“Bengkak sudah sebelah muka, sekarang berada di Hospital Jasin, doktor akan membuat pemerhatian sehingga pukul 2 petang.

“Sebabnya selepas jatuh mak muntah-muntah. Semoga mak sentiasa dalam lindungan Allah,” kongsinya di Instagram.

Beberapa jam kemudian, Aril turut berkongsi keadaan semasa ibunya di sana selepas membuat X-ray.


Menurutnya, ibunya sudah dibenarkan pulang selepas menerima lima jahitan di bahagian bawah matanya itu.

“Alhamdulillah, mak sudah balik rumah. Buat X-tay pun doktor cuma beritahu tiada apa-apa yang serius.

“Cuma luka di bawah mata itu dijahit dengan lima jahitan. Mak masih pening dah tidak dapat membuka mata di bahagian yang cedera.

“Disebabkan mak ada diabetes, perlu juga berjumpa dengan pakar mata untuk memastikan keadaan mak baik. InsyaAllah,” ujarnya.

Dalam pada itu, pengacara rancangan CCTV itu mengucapkan terima kasih buat orang ramai yang mendoakan kesihatan ibunya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori