PETALING JAYA : Perikatan Nasional (PN) gagal memperoleh sebarang kerusi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung hari ini, setakat 8.50 malam tadi.
Perkembangan itu menyaksikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gerakan dan Pas gagal menyumbang satu kerusi di 28 kerusi yang ditandingi setakat ini.
Berdasarkan sebuah portal berita, daripada 16 keputusan tidak rasmi yang diumumkan setakat 8.40 malam tadi, Barisan Nasional menghampiri majoriti mudah selepas menguasai 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, manakala Pakatan Harapan dengan tiga kerusi.
Setakat ini, BN memenangi kerusi DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Rembia, Lendu, Taboh Naning, Machap Jaya, Gadek, Asahan, Ayer Molek, Rim dan Merlimau dan Durian Tunggal.
PH pula memperoleh kerusi di DUN Kota Laksamana, Ayer Keroh dan Bandar Hilir.
-Utusan Online