Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pengembaraan Menaiki Belon Panas...

ISTANBUL -Langit yang cerah dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup di Cappadocia pada...

Nenek Dipukul Cucu Hanya...

FLORIDA – Gara-gara neneknya tidak mahu menerima permintaannya menjadi rakan dalam Facebook, seorang...

Pakatan Harapan Tidak Senang...

KUALA LUMPUR - Pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan sedang memutar belit dan membuat...

Arah Lynas Bawa Keluar...

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh menyambut baik keputusan...

Minyak Masak Peket Kurang Di Pasaran

GEORGE TOWN – Isu kekura­ngan bekalan minyak masak peket di negeri ini masih belum menemui jalan penyelesaian sejak dua minggu lalu, hingga memaksa pengguna mencari bahan itu di merata-rata tempat di kawasan pulau.

Rata-rata mereka adalah peniaga kecil yang kini semakin berdepan tekanan apabila terpaksa berkorban masa serta tenaga mencari bekalan minyak peket sejauh lebih 20 kilometer.

Tinjauan Kosmo! di lebih lima buah kedai runcit di daerah Timur Laut dan Barat Daya di sini semalam mendapati, tiada bekalan minyak peket dijual atau dipamerkan di premis tersebut.

Pekedai yang ditemui cuma memberi alasan sama iaitu sudah banyak kali buat pesanan, tetapi barang belum sampai.

Seorang peniaga ayam gun­ting, Mohd. Nor Hisham Awang Nong, 48, berkata, dia kini buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan terpaksa menggantikan dengan minyak masak botol lima kilogram pada harga RM24.

“Saya akui amat terkesan de­ngan isu bekalan minyak masak peket. Hampir 10 kedai runcit termasuk pasar raya besar di daerah Timur Laut dan Barat Daya langsung tiada stok sejak dua minggu lalu.

“Jika ada pun, hanya boleh beli sepeket sahaja. Itupun di salah sebuah kedai runcit di daerah Timur Laut.

“Saya menggunakan kira-kira enam hingga tujuh kilogram mi­nyak masak sehari. Minyak masak botol lima kilogram memang tak cukup dan perlu guna sekurang-kurangnya dua botol. Jika dihitung harganya, saya boleh beli tambahan minyak peket untuk kegunaan seminggu,” katanya.

Sementara itu, peniaga ayam goreng, Syafiq Razali 35, pula memberitahu, dia kini mengehadkan bilangan jualan hariannya daripada enam kepada tiga ekor sehari bagi me­ngurangkan penggunaan minyak masak.


“Perkara ini sudah berlarutan sejak penghujung Oktober lalu.

“Kami minta agar masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N. V. Subbarow menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyelesaikan isu berkenaan dalam kadar segera.

Katanya, jangan bebankan pengguna dengan isu kekurangan bekalan minyak peket di pasaran ketika ini.

“Mereka perlu bertindak segera demi kebaikan semua pihak dalam hal ini.

“Hasil tinjauan CAP di empat kedai runcit di daerah Barat Daya dan pusat bandar George Town hari ini (semalam) juga berdepan masalah sama sejak dua minggu lalu,” jelasnya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori