Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mueang Kao Saji Menu...

UNIK... Sekali pandang di luar, mungkin ramai anggap ia sekadar sebuah restoran tipikal...

Trend Si Comel ‘Melaram’...

VIRAL di laman sosial beberapa keping foto si comel memakai pakaian 'tradisional' malah...

Pendaftaran GST Naik Kepada...

KUALA LUMPUR - Bilangan syarikat yang mendaftar bagi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)...

Jokowi Sah Presiden Indonesia

JAKARTA - Presiden Joko Widodo atau Jokowi, akhirnya sah memenangi Pilihan Raya Presiden...

‘MN Bermasalah Kerana Hubungan PAS Dengan Bersatu’

PAS sekali lagi menegaskan Muafakat Nasional (MN) masih wujud dan masalah yang berlaku di antara parti itu dengan Umno berpunca daripada hubungan dengan Bersatu.

Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah berkata pada pandangan PAS MN masih kekal seperti sedia ada, sama dengan kedudukan Perikatan Nasional (PN).

“Bagi kami benda itu (MN) kekal seperti mana PN masih lagi kekal, cuma ada isu, ada masalah.

“Contoh masalah MN ini kerana hubungan PAS dengan Bersatu, jadi itu yang timbul masalah sebab kawan-kawan kita dalam Umno sebahagiannya tidak dapat terima Bersatu,” katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak yang berpendapat MN sudah terkubur selepas PAS menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bersama Bersatu melalui PN.

Untuk rekod Umno mempelawa PAS bersama mereka dalam PRN berkenaan, malah menawarkan parti itu menggunakan lambang yang biasa digunakan.

Namun PAS memilih untuk bersama PN dan bertanding menggunakan logo gabungan tersebut.


Ia juga menjadikan PAS bertembung dengan Umno-BN – selain Pakatan Harapan – di tujuh kerusi DUN Melaka.

Kata Mohd Amar, bagi PAS itu saja isu yang dihadapi MN dan hubungan dengan Umno kekal baik.

“Perbincangan-perbincangan masih lagi berjalan, pertemuan pun ada dibuat sebelum PRN Melaka,” katanya.

Sementara itu mengulas perkembangan di Melaka Mohd Amar berkata, PAS sememangnya mengharapkan kemenangan berpihak kepada PN.

“Kalau tanya kita, memang PAS berharap menang semua kerusi yang kita tanding atau sekurang-kurangnya kita dapat majoriti untuk membolehkan tubuh kerajaan. Itu harapan kita,” ujar Mohd Amar.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori