PN mempertaruhkan potret Muhyiddin di Melaka. Tiada potret Hadi Awang sebelahnya. Muhyiddin mahu buktikan dia adalah “wow factor”.
Muhyiddin yakin dia popular. Dia masih obses kerana dipuji sebagai PM paling popular ketika lima bulan pertama jadi Perdana Menteri.
Tetapi Muhyiddin lupa dia ada imej “Perdana Menteri Gagal”. Dia boleh bertahan 17 bulan sahaja. Dia PM paling singkat.
Elok Muhyiddin jangan perasan sangat. Di Sabah potret Muhyiddin ditayang. Tetapi PPBM gagal mengatasi jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO.
Kalau PN gagal di Melaka, bermakna Muhyidin bukan wow factor. Harapannya untuk kembali sebagai PM ke 10 akan terpadam. Bukan BN yang tidak wujud. Tetapi PPBM padam awal.
Petikan: FB Puad Zarkashi