Dalam beberapa bulan lagi… Sanusi akan berpeluh nak mempertahankan Kedah dalam pilihan raya umum ke 15.
Berlari la ke sana sini menagih simpati rakyat.
Masa tu kena buat la muka seposen harapkan undi.
Janji la macam-macam yang entah dapat ditunaikan atau tidak.
Buat-buat la bagi sumbangan dengan harapan rakyat ingat dan bagi undi.
Kalau menang belum tentu sepenuhnya jadi Ketua Menteri balik. Takut kepimpinan tertinggi ada orang sendiri yang mahu dinaikkan nanti.
Kalau tak menang, apa pun takda dalam beberapa bulan lagi. Takda sape pun akan pedulik masa tu.
Tengku Mahkota Johor…Insyaallah akan kekal TMJ.
Satu hari nanti ditakdirkan Allah SWT akan menjadi Sultan di Johor dan mungkin Yang Dipertuan Agong.
Baginda akan kekal di kedudukan baginda beberapa bulan dari sekarang atau beberapa tahun dari sekarang.
Tidak perlu menagih simpati untuk dapat undi agar kekal sebagai TMJ.
Akan terus disayangi oleh rakyat kerana baginda diketahui umum seorang anak raja yang baik hati dan banyak membantu.
Walaupun bukannya mempertahankan jawatan setiap lima tahun sekali, baginda tetap menyampaikan bantuan kepada rakyat atas dasar mahu membantu meringankan beban.
Bila baginda menegur mengenai gaji yang tidak dibayar kepada pemain pasukan lawan, itu hati budi baginda.
Boleh sahaja TMJ buat bodoh kerana jika semangat pemain Kedah rendah sebab tidak terima gaji, lagi senang JDT menewaskan mereka.
Patutnya Sanusi menerima teguran dan menjawab dengan lebih baik.
Bukan cuba menunjukkan kononnya hebat sangat mampu menjawab dan menyindir seorang anak raja.
Tak jadikan anda hebat mana pun, Pemuda PAS Johor gelabah biawak dan pantas memohon maaf kepada TMJ atas sikap kebodohan Sanusi.
Pilih sape lawan kita dengan bijak lain kali.
Sebab, dalam beberapa bulan lagi, anda akan berjuang dan menebalkan muka ke sana sini harapkan undi rakyat agar jawatan yang ada sekarang dapat dikekalkan.
Yang mana peluangnya untuk kekal mungkin kurang 50 peratus.
Manakala TMJ insyaallah akan kekal TMJ dan terus membantu rakyat baginda atas kerelaan hati.
Tidak perlu berlari sana sini mengharapkan undi rakyat untuk kekal berkuasa.
Tidak perlu berpeluh memberikan janji-janji bulan bintang untuk kekal berkuasa.
Sanusi sebaliknya… Meminja kata TMJ sendiri… Setiap tahun ada sahaja satu atau dua… Kemudiannya hilang… Tapi saya tetap di sini.
😂😂😂😂😂
Janganlah sombong sangat .. kalau ALLAH nak tarik nikmatnya bila bila ALLAH boleh tarik .. dah banyak raja raja di dunia ini ALLAH turunkan dari tahkta … presiden .. pm .. semuanya ALLAH boleh jatuhkan .. tak perlu lah nak beritahu YOU can stay forever .. KUN FA YAKUN .. pada ALLAH sesuatu yang mudah