Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hassan Al-Kontar Dapat Suaka...

OTTAWA - Lelaki Syria yang menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai...

Duta Palestin Yakin Malaysia...

KUALA LUMPUR - Palestin berkeyakinan penuh bahawa Malaysia akan menyiasat secara menyeluruh kejadian...

Polis Rampas Senapang Patah,...

KOTA TINGGI - Polis merampas selaras senapang patah dipercayai buatan sendiri dan 14...

Pahang Benam JDT, PKNP...

KUALA LUMPUR – Jaringan hatrik Patrick dos Santos Cruz berjaya membantu Pahang membenam...

‘Mungkin Kesilapan Juruwang’ – Pemilik Restoran Kailan Ikan Masin RM18

Kepala Batas : Pemilik restoran yang menjual kailan ikan masin berharga RM18 sehingga tular di media sosial tampil membuat penjelasan berhubung isu berkenaan di Facebook milik premis itu, hari ini.

Memetik hantaran yang dimuat naik, pemilik itu memaklumkan bahawa terdapat dua kemungkinan yang menyebabkan kesilapan itu berlaku.

“Kesilapan kami mungkin cashier (juruwang) tersilap ‘key in’ (masukkan) harga dengan hidangan bersaiz L (besar).

“Atau mungkin pelanggan itu memesan saiz L tetapi krew di bahagian dapur sediakan kailan itu dalam hidangan bersaiz S (kecil) berdasarkan gambar yang ditularkan,” katanya.

Dia berkata, sekiranya pihaknya melakukan kesilapan, pelanggan itu sepatutnya terus berjumpa dengan pengurusan restoran dan bukan menularkan perkara itu.

“Oleh itu kami mengharapkan kerjasama daripada pengadu dan menghubungi pemilik restoran untuk tindakan lanjut,” katanya.


Dalam hantaran itu, pemilik restoran berkenaan turut memberi penjelasan mengenai harga kailan ikan masin mengikut saiz iaitu S berharga RM6, M (RM12) dan L (RM18) dengan memaparkan gambar menu restoran.

Semalam tular di media sosial satu hantaran berserta resit memaparkan harga keseluruhan makanan yang dimuatnaik seorang pelanggan restoran itu.

Dalam hantaran itu, individu terbabit terkejut apabila sebungkus kailan ikan masin dijual pada harga RM18 untuk seorang makan yang ia dianggap terlalu mahal.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori