Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penduduk Berhampiran Pantai, Tanah...

Kuala Nerus : Fenonena air pasang besar dijangka berlaku di sepanjang pantai negeri...

‘Hatrik’ Bursa Malaysia Ditutup...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia ditutup rendah buat hari ketiga berturut-turut hari ini...

Setiausaha Kehormat KFA Letak...

ALOR SETAR – Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar...

Pelayan Didenda RM1,800 Cederakan...

KUALA LUMPUR - Seorang pelayan restoran warganegara Bangladesh didenda RM1,800 atau tiga bulan...

Nama Besar ‘Tersungkur’ Di PRN Melaka

MELAKA : Beberapa nama besar yang bersaing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka gagal menepati ramalan apabila segelintir daripadanya tewas di tangan lawan.

Berkemungkinan disebabkan faktor peratusan keluar mengundi yang rendah dan peralihan sokongan, nama-nama besar seperti calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (PH-Asahan) serta Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (PN-Telok Mas) gagal memperoleh mandat pengundi Melaka.

Bagaimanapun, keputusan setakat jam 8 malam tadi menyaksikan calon UMNO bagi DUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, mengalahkan pesaingnya dengan memperoleh 3,559 undi berbanding 3,195 undi oleh Mas Ermieyati.

Barisan Nasional (BN) juga melakar kejutan menerusi calonnya daripada MCA, Ngwe Hee Sem apabila merampas DUN Machap Jaya daripada Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 909 undi.


Calon tunggal MIC, P Shanmugam turut melakar kejayaan di DUN Gadek selepas mengetepikan calon PH daripada DAP, G Saminathan dengan majoriti 559 undi.

-Berita Harian

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori