Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Remaja Lelaki Cedera Dalam...

KEPALA BATAS - Seorang remaja lelaki mengalami beberapa kecederaan di tangan dan badan...

PTPTN Ingin Hakis Label...

SEPANG - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ingin menghakis imej pemberi pinjaman...

Tukang Cuci Tandas Dijel...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mengintai seorang jururawat di dalam tandas sebuah klinik kesihatan,...

“Makan Secara Sederhana, Tidak...

SINGAPURA - “Makan secara sederhana, tetapi tidak perlu pantang tentang makanan,” nasihat Perdana...

Nenek Ditipu ‘Ibrahim Aziz’ Rugi RM74,000

ALOR SETAR – Seorang nenek yang merupakan penoreh getah mengalami kerugian sebanyak RM74,800 setelah terperdaya dengan sindiket penipuan ‘love scam’ sejak Julai lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Superintenden Elias Omar berkata, sebelum itu, mangsa yang berusia 63 tahun berkenalan dengan seorang individu dikenali Ibrahim Aziz yang mendakwa tinggal di Ireland.

Menurutnya, mereka berkenalan melalui aplikasi Facebook sebelum berhubung lebih rapat menggunakan aplikasi WhatsApp.

“Lelaki yang mendakwa dirinya seorang doktor itu kemudiannya meminta mangsa yang menyara hidup dengan menoreh getah untuk memasukkan sejumlah wang kepadanya bagi mengaktifkan akaun bank.

“Dalam masa sama, suspek juga telah mengirim barangan kepada mangsa sebagai tanda perkenalan.

“Tidak lama selepas itu, mangsa kemudiannya dihubungi seorang individu mengaku sebagai wakil syarikat kurier dan menyatakan terdapat barangan dikirim oleh suspek.

“Mangsa bagaimanapun diminta membuat bayaran cukai dan denda bagi memastikan barangan tersebut sampai ke tangannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Atas dasar percaya dan rasa suka yang melampau katanya, mangsa telah membuat bayaran secara berperingkat melalui mesin deposit tunai ke dalam tiga akaun bank diberikan kepadanya bermula September hingga Oktober lalu melalui 25 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM74,800.


“Kesemua wang tersebut adalah hasil simpanannya sendiri. Mangsa yang sudah berkahwin mula sedar dirinya ditipu setelah dia diminta untuk terus-terusan membuat pembayaran selepas itu.

“Dia kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Baling dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Elias menambah, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terperdaya dengan sindiket penipuan ‘love scam’ sedemikian.

“Jangan mudah percaya pujuk rayu daripada individu lain yang tidak pernah dikenali melalui media sosial.

“Selain itu, usah terlalu mudah membuat pemindahan wang kepada individu yang hanya dikenali menerusi media sosial dan sila semak terlebih dulu nombor telefon atau nombor akaun bank di portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya. – Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori