Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Peserta Felo Perdana Dan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu peserta Program Felo...

4PM Kesal 30,000 Rumah...

KUALA LUMPUR – Lebih 30,000 rumah kediaman di seluruh negara sedang dan bakal...

TLDM Terima Kunjungan Tentera...

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima kunjungan Tentera Laut Bangladesh...

Solat Tarawih Paling Lama...

MAGETAN - Jika sebelum ini kisah solat tarawih 23 rakaat paling cepat di...

Koroner: Kematian Pelajar Nigeria Tiada Unsur Jenayah, Cuai

Mahkamah Koroner Kuala Lumpur hari ini memutuskan pelajar PhD dari Nigeria Thomas Orhions Ewansiha meninggal dunia atas sebab semula jadi ketika dalam tahanan Imigresen dua tahun lalu.

Semasa prosiding inkues hari ini, koroner Mahyon Talib memutuskan bahawa kematian Ewansiha pada 2019 tidak boleh disimpulkan berpunca daripada kecuaian atau unsur jenayah.

Peguam Rajesh Nagarajan, yang mewakili keluarga si mati, mengesahkan keputusan inkues hari ini.

“Hakim membuat kesimpulan bahawa Thomas meninggal dunia atas sebab semula jadi, tidak boleh disimpulkan bahawa kematiannya adalah kerana sebarang kecuaian atau unsur jenayah.

“Hakim juga berkata pegawai (Imigresen) tidak terlatih.

“Kami akan merayu (kepada Mahkamah Tinggi),” kata peguam itu ketika dihubungi selepas prosiding hari ini.

Ewansiha, yang merupakan pelajar kolej swasta di lembah Klang berusia 34 tahun, meninggal dunia di Depot Tahanan Jabatan Imigresen di Bukit Jalil pada awal pagi 9 Julai 2019, selepas ditahan lima hari sebelum itu.

Tiga hari kemudian pada 12 Julai, Jabatan Imigresen mengesahkan kematian tersebut.

Pihak Imigresen mendakwa pelajar itu ditahan pada 4 Julai tahun itu semasa operasi Imigresen di Pangsapuri Desa Aman Puri.


Dia kemudian direman selama 14 hari untuk mengesahkan dokumennya dan mendapatkan pengesahan daripada kolej mengenai rekod kehadirannya serta butiran kursusnya.

Isteri mangsa, Blessing Uhunoma Eriamiator, menggesa inkues diadakan berhubung kematian Ewansiha.

Mynewshub-Nigeria

Pendengaran inkues kemudian didaftarkan di mahkamah pada November.

Keluarga mendiang mendakwa Ewansiha telah meminta bantuan perubatan selama tiga hari sebelum kematiannya.

Portal berita dalam talian Free Malaysia Today melaporkan keluarga si mati akan memfailkan tindakan sivil atas kematiannya, tanpa mengira keputusan inkues itu.

Warga Nigeria Mati Dalam Tahanan Tiada Kecederaan Fizikal

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori