Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Usahakan Tanah Tidak Diusahakan...

ALOR SETAR - Semua kerajaan negeri yang memiliki tanah tidak diusahakan disaran bekerjasama...

Hausmania Tempat Punk Rockers...

MUNGKIN akan ada yang terasa bosan jika pada usia emas kebanyakan masa dihabiskan...

Perpustakaan ‘Palsu’ Unik Di...

BEIJING – Sebut sahaja nama China, ramai mungkin kenali negara itu dengan pelbagai barangan...

‘Tak Sabar’ Nak Tengok...

SEORANG wanita melahirkan bayi perempuan tidak cukup bulan dalam pesawat ketika penerbangan ke...

Omicron Lebih Mudah Menjangkiti Berbanding Delta – Khairy

Jangkitan varian Covid-19 baharu B.1.1.529 yang kini dinamakan Omicron, mungkin lebih mudah menular berbanding varian Delta, namun setakat ini belum dipastikan sejauh mana ‘ganasnya’ (virulent) virus itu, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Apa yang boleh kita lakukan setakat ini adalah meningkatkan intervensi kesihatan awam (pemakaian pelitup muka, penjarakan, jaga kebersihan), menambah baik pengaliran udara, jaga kesihatan tubuh badan dan ambil dos penggalak vaksin apabila ditawarkan,” katanya menerusi akaun twitternya hari ini.

Jumaat lepas Khairy mengumumkan bahawa rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk melawat tujuh negara yakni Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe susulan kemunculan varian baharu itu.

Menurutnya ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan meningkatkan langkah kawalan dan menjaga sempadan negara, berkuat kuasa esok.


Beliau berkata tiga negara yang melaporkan kes-kes berkaitan Omicron setakat ini ialah Afrika Selatan, Botswana dan Hong Kong.

– Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori