Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pelakon Filipina Solek Muka...

KEMAHIRAN mengaplikasikan teknik solekan pelakon lelaki dari Filipina, Paolo Ballesteros memang gempak habis!Mana...

Bekas Tentera Dihukum Penjara...

BANDAR RAYA GUATEMALA – Sebuah mahkamah Guatemala kelmarin menjatuhkan hukuman penjara selama 5,160...

Doktor Pelatih Gagal Tamatkan...

PETALING JAYA - Seorang daripada setiap lima doktor pelatih di Malaysia berhenti setiap...

AMMTC Ke-10: Penglibatan Rakan...

KUALA LUMPUR - Penglibatan tiga rakan dialog ASEAN iaitu China, Jepun dan Korea...

Omicron, Varian Baharu Covid-19 Yang Membimbangkan

GENEVA, SWITZERLAND – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menamakan varian baharu Covid-19 yang berasal dari Afrika Selatan sebagai ‘Omicron’, dan menetapkannya dalam kategori ‘varian membimbangkan’, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Pengumuman itu disusuli dengan keputusan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat yang merancang untuk menyekat perjalanan dari Afrika Selatan bagi mencegah penularannya.

Beberapa negara turut dilaporkan menyertai rancangan tersebut termasuk Britain, Perancis, Jepun dan Itali.

“Varian B.1.1.529 ini mempunyai sejumlah besar mutasi dan ada antaranya yang membimbangkan,’’ kata kumpulan penasihat teknikal WHO untuk Covid-19 dalam satu kenyataan.


Sementara itu, seorang penyelidik dari Penyelidikan Perubatan Rega, Marc Van Ranst berkata, terdapat sampel yang disahkan sebagai varian B.1.1.529 ditemui daripada pengembara yang pulang dari Mesir pada 11 November lepas. Individu terbabit mula menunjukkan gejala pada 22 November lalu.

Khamis lepas, Institut Kebangsaan Penyakit Berjangkit Afrika Selatan mengesahkan mengenai kewujudan varian baharu itu yang dilaporkan mempunyai 32 mutasi dan telah merebak di tiga wilayah berbeza di rantau itu. – Agensi

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori