Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Banjir: UMNO Tanah Merah...

TANAH MERAH - UMNO bahagian Tanah Merah menyediakan lapan bot berkuasa tinggi sebagai...

Tinggal Di Pondok Usang,...

ALOR SETAR – Sekali pandang ia tidak ubah seperti 'reban ayam'. Namun, siapa...

“Saya Tidak Perlu Meminta...

KUALA LUMPUR - "Saya tidak perlu meminta maaf kepada PAS".Demikian reaksi tegas Penasihat...

Covid-19 (3 Mei): 1,352...

Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 1,352 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah...

Paluan Gendang Pampat ‘Seru Semangat’ Kemenangan Calon GPS

MARUDI: Setiap kali penyandang Ahli Dewan Undangan (ADUN) berkunjung ke rumah-rumah panjang masyarakat Iban, kenyaringan gema pukulan gendang pampat akan memeriahkan lagi suasana.

Barisan pemain alatan muzik tradisional masyarakat Iban ini akan bersandar di sepanjang dinding ruai sambil bersila dan memalu gendang pampat masing-masing dengan rentak yang irama yang unik.

Kebiasaanya gendang pampat yang diperbuat daripada kayu belian dan kulit haiwan seperti rusa atau kijang ini akan dimainkan semasa perayaan besar-besaran seperti Gawai Dayak, miring atau ritual berkaitan dengan adat resam masyarakat Iban.

Suasana seperti ini juga dapat disaksikan oleh masyarakat sekiranya ada seseorang yang masyhur atau para pemimpin yang disegani mengadakan lawatan ke sesebuah kawasan penempatan atau rumah Panjang masyarakat Iban.

Ia termasuk ketika lawatan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke Rumah Panjang Ridab Selat, di Sungai Pasir Marudi baru-baru ini.

Sepuluh orang Tuai Rumah mewakili setiap rumah panjang daripada kawasan berhampiran memukul gendang pampat sebagai satu penghormatan kepada beliau dan rombongan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Menurut Tuai Rumah, Keir Sulung Ujai dari Sungai Selejau, gendang pampat ini bukan sebuah alat muzik yang boleh dimainkan atau dipersembahkan sesuka hati kerana ada pantang larangnya tersendiri.

Jelasnya, setiap pukulan dan bunyi yang dihasilkan bermaksud untuk memanggil roh-roh atau semangat-semangat yang dipercayai masyarakat Iban sebagai ‘petara’ yang mana boleh membantu memberikan kebaikan kepada mereka yang menyerunya.

“Dalam situasi ini, kami masyarakat Iban di sini mahukan penyandang kawasan kami ini untuk terus menang dalam pilihan raya yang akan datang dan pukulan gendang pampat ini ibarat semboyan laungan kemenangan mereka kelak dan diberikan rezeki yang melimpah ruah.


“Gendang Pampat ini sudah diwarisi kepada kami dari nenek moyang puluhan tahun lamanya dan setiap daripadanya mempunyai pantang larang yang memungkinkan gendang ini dimainkan pada waktu dan tujuan tertentu sahaja.

“Jika tidak sesuai waktunya semangat akan marah,” katanya kepada Astro Awani.

Tambah Keir, masyarakat Iban percaya gendang pampat ini mampu memberikan kekuatan kepada wakil rakyat mereka untuk menang dalam perjuangan mempertahankan kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 kelak.

“Inilah bukti sokongan yang padu daripada masyarakat kepada wakil rakyat kami, mereka telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan mengotakan janji untuk menjaga kebajikan kami di pedalaman ini,”

“Semangat ini kita panggil petara atau semangat untuk membantu mengangkat wakil rakyat kita naik atas lagi, jangan turun maksudnya jangan kalah dalam pilihan raya yang akan datang, seperti penyandang kawasan kami di sini, Datuk Gerawat Gala,” katanya.

Ahad lalu, Abang Johari bersama beberapa penyandang ADUN antaranya penyandang kerusi DUN Mulu, Gerawat Gala, penyandang kerusi DUN Telang Usan, Dennis Ngau dan penyandang kerusi DUN Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil hadir ke majlis perasmian Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kawasan Marudi.

Turut serta Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau serta Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori