Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

42 Kereta Mewah Mercedes...

JAKARTA - Ketika pemimpin pembangkang Malaysia, Rafizi Ramli kecoh fitnah kerajaan kononnya beli 6...

Isma Sindir Maszlee Jadi...

KUALA LUMPUR - Pergeseran antara Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dengan Pertubuhan Ikram Malaysia...

Neelofa Teruja Sambut Aidilfitri...

SETELAH berusaha menjadikan dirinya seorang usahawan dan selebriti tanah air yang dikenali, Neelofa...

48 Jam Berlalu, DAP...

Ingatkan Mastura pada hadis larangan fitnah

Isu Gangguan Seksual, Mesej ‘Spam’ Judi Antara Tumpuan Parlimen

KUALA LUMPUR – Isu gangguan seksual dan mesej ‘spam’ yang mempromosi perjudian dalam talian akan menjadi antara persoalan dibangkitkan dalam Persidangan Dewan Rakyat yang memasuki hari ke-12, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, pertanyaan itu diajukan Noorita Sual (PH-Tenom) pada sesi soal jawab yang meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan komitmen kerajaan dalam memperkenalkan Akta Gangguan Seksual serta garis masa akta itu akan dibentangkan.

Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pula bertanyakan Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai usaha drastik dilaksanakan kementerian bagi mengatasi isu mesej ‘spam’ yang mempromosikan perjudian secara dalam talian.

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Mohd Nizar juga mempersoalkan sama ada wujud sebarang penglibatan pengendali syarikat telekomunikasi yang bersekongkol dengan sindiket berkenaan bagi menjual data peribadi pengguna.


Menurut takwim Parlimen, Persidangan Dewan Rakyat dijangka diteruskan dengan sesi penggulungan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) oleh kementerian terlibat bermula hari ini hingga Khamis.

Sebelum ini, seramai 131 Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang serta Bebas mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar Bajet 2022 selama tujuh hari bermula 1 Nov lepas.

Dewan Rakyat akan bersidang sehingga 16 Dis ini.

– Bernama

Ahli Parlimen Bersidang Tanpa ‘Drama’

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori