Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Keterangan Bercanggah, Pemandu Lori...

KUANTAN - Seorang pemandu lori hari ini, didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah memberi...

Sahruddin Mula Tugas MB...

ISKANDAR PUTERI - Dr. Sahruddin Jamal hari ini memulakan tugas rasmi sebagai Menteri...

VIDEO: Obses Ber’Selfie’,Tak Sedar...

ERA digital kini ibaratnya seperti pedang bermata dua. Sesiapa yang mempunyai telefon bimbit...

Kabinet Tarik Balik Moratorium...

SUBANG JAYA – Kabinet bersetuju membenarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan beberapa akta...

Pekerja Binaan Dipenjara Enam Tahun Guna Wang Palsu

KLUANG: Seorang pekerja binaan dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua pertuduhan menggunakan wang palsu untuk berbelanja, dua minggu lalu.

Hakim Mujib Saroji menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Lim Lai Kok, 53, membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan wang kertas RM100 untuk membeli sebuah beg kulit berharga RM30 di sebuah kedai kasut di Taman Sri Tengah di sini pada 3.30 petang, 7 November lalu.

Pemilik kedai yang menyedari wang RM100 diberi adalah wang palsu kemudian bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan pemeriksaan lanjut, mendapati tertuduh turut memiliki sekeping lagi wang kertas RM100.

Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menggunakan wang palsu RM100 untuk membeli dakwat mesin pencetak di Jalan Lambak di sini pada 1.24 petang hari yang sama.

Untuk itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun jika disabit kesalahan.


Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Nabihah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam rayuannya, Lim berkata, dia terpaksa melakukan perbuatan tersebut kerana terdesak akibat ketiadaan wang untuk perbelanjaan sekolah anak-anaknya selain keadaan kesihatan yang tidak baik.

Hakim kemudian memerintahkan tertuduh dihukum tiga tahun penjara di atas setiap pertuduhan dan hukuman berjalan dari tarikh dia ditangkap.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori