Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahathir Dirawat Di IJN,...

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut...

Penjawat Awam Sabah Terima...

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada...

Baby Boy Untuk Jihan...

HANYA beberapa minggu sahaja lagi pengacara dan pelawak Jihan Muse dan suami, Ungku...

Tindakan Anwar Dilihat Sabotaj...

SHAH ALAM - Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Pemimpin Selatan Afrika Kecam Langkah Sekat Perjalanan

JOHANNESBURG: Pemimpin-pemimpin selatan Afrika menyuarakan kekesalan terhadap keputusan beberapa negara yang menyekat perjalanan sebilangan negara anggota Komuniti Pembangunan Afrika Selatan (SADC) ekoran varian COVID-19 Omicron.

“Larangan perjalanan sepihak (unilateral) yang kini dikenakan ke atas negara-negara SADC oleh United Kingdom, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan lain-lain adalah tidak wajar.

“Langkah COVID-19 mesti bersandarkan kepada sains bukannya Afrophobia,” kata Presiden Malawi, Lazarus Chakwera selaku pengerusi SADC dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya pada Isnin.

Sementara itu, Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa turut menyelar langkah sekatan perjalanan itu yang disifatkannya tidak adil, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Kita mesti bantah sekatan perjalanan yang tidak wajar dan tidak saintifik yang hanya merugikan ekonomi,” kata Ramaphosa ketika berucap di Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) di Dakar, Senegal.


Antara negara di selatan Afrika yang dikenakan larangan perjalanan termasuk Afrika Selatan, Namibia, Lesotho, Botswana, Eswatini, Malawi, Zimbabwe dan Mozambique.

Ramaphosa berkata, kemunculan varian Omicron sewajarnya menjadi peringatan kepada dunia bahawa ketidaksamaan agihan vaksin tidak boleh dibiarkan berterusan.

“Sehingga semua orang diberi vaksin, semua orang akan berisiko. Sehingga semua orang diberi vaksin, kita perlu menjangkakan lebih banyak varian akan muncul,” katanya.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori